CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 26 Oktober 2010

Berlaku 15 perkara menyebabkan turunnya bala

Kemusykilan: Berlaku 15 perkara menyebabkan turunnya bala

Bersama Md Daud Che Ngah

SOALAN


USTAZ, pada ketika ini negara kita dan negara Asia lain terutama Indonesia dilanda bencana alam yang hebat iaitu ombak besar tsunami. Walaupun banyak ahli geologi yang mengaitkannya dengan gerak gempa bumi yang menghasilkan ombak besar, apa pandangan Islam mengenai tragedi itu?


JAWAPAN


KITA boleh rujuk kejadian itu dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bokhari, bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka terbukalah pada mereka bala yang akan menimpa.

Apabila ditanya apakah bala itu ya Rasulullah, baginda menjawab,
  Apabila harta negara menjadi hak milik golongan tertentu saja.
 Apabila amanah yang dipertanggungjawabkan dilihat sebagai peluang mendapat keuntungan
 Membayar zakat dianggap merugikan.
 Lelaki taat kepada isteri dan menderhaka kepada ibu.
 Seseorang itu memuliakan kawan dan bapanya dianggap hina.
  Berlaku suara hingar bingar di dalam masjid (merebutkan kuasa dan jawatan).
Orang yang menjadi pemimpin terdiri daripada manusia yang hina dan jahat (kaki zina, rompak atau rasuah).
  Seseorang itu dimuliakan kerana takut dengan kejahatan yang dilakukannya.
 Ramai orang meminum arak (orang Islam tidak segan silu lagi mengiklankan arak seolah-olah ia bukan lagi satu dosa).
  Ramai lelaki yang memakai sutera termasuk tali leher.
  Munculnya ramai penyanyi wanita yang diiringi muzik yang mengasyikkan.
Orang yang terkemudian mengutuk umat yang lalu.
Banyaknya berlaku perzinaan.
Terangkatnya ilmu pengetahuan agama dan syariah dan banyaknya kejahilan.
Lelaki berlagak seperti perempuan manakala perempuan berlagak seperti lelaki.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan