CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 26 Oktober 2010

Hajar Aswad tempat doa dimakbul

Hajar Aswad tempat doa dimakbul


KETIKA Ibrahim bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya.

Pada mulanya Kaabah tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail bertungkus-lumus menyiapkan pembinaannya dengan mengangkut batu dari pelbagai gunung. Apabila pembinaan itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih berasa kekurangan sebiji batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail: “Pergilah engkau mencari batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”

Sedang Nabi Ismail mencari di sebuah bukit, datang Malaikat Jibril memberikannya sebiji batu yang cantik.

Nabi Ismail segera membawa batu itu kepada ayahnya yang gembira melihatnya. Beliau menciumnya beberapa kali. Nabi Ibrahim bertanya: “Dari mana kamu dapat batu ini?”

Nabi Ismail berkata: “Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).” Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti Nabi Ismail.

Sehingga kini Hajar Aswad dicium oleh umat Islam yang pergi ke Baitullah dan disunnahkan sesiapa yang bertawaf di Kaabah mencium Hajar Aswad.

Setiap umat Islam sentiasa berusaha untuk mencium Hajar Aswad. Bagi mereka yang tidak dapat dan tidak mampu untuk mencium, cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian saja.

Ada riwayat menyatakan, suatu masa dulu batu Hajar Aswad putih bersih, namun akibat dicium hampir setiap mereka yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbul perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Ismail.

Hajar Aswad ialah tempat diperkenan doa.

Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya-Allah doanya dikabulkan Allah. Jagalah hati ketika mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Makkah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad): “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa.

“Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan