CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Rabu, 27 Oktober 2010

Petua Berguna


Berbagai Petua Berguna

khasiat bawang:

1. pening kepala:

potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu
tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.

2. lemah otot:

ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama
susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang
lemah.

3. demam selsema:

telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga
kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta
berkumur
air wap bawang putih.

4. susah hadam:

rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu.
bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan
dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.

5. serangan angin:

campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba
rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam
bancuhan itu.kacau dan minum campuran itu setiap hari.

6. serangan cacing:

amalkan meminum air rebusan bawang merah setiap hari.

1. menghilangkan karat kepada pakaian:

perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil
garam
halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena
karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti
biasa.

2. hampas teh suburkan tanaman:

taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan
siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda
akan menjadi lebih subur dan hijau.

3. mengatasi sengal tulang:

patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah
itu
kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal
terutamanya pada sebelah pagi.

4 merawat kulit berkedut:

parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu
dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan
sehingga berkesan.

5. daun puding atasi gatal:

bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan
keseluruh kulit kepala. bungkus kepala dengan tual bersih selama satu
jam. akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. lakukan dua kali
seminggu.

6. legakan sakit gigi:

celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau
sapukan kepada gigi yang sakit.

7. segarkan mata:

sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

8. kunyit atasi hidung bayi tersumbat:

Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan
sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan
biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.

9. kulit limau hilangkan bau badan:

potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. kemudian makanlah
kulit limau kasturi itu bersama airnya. amalkan selalu.

10. Mengurangkan dengkur:

tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu
panas.minumlah beberapa minit sebelum tidur.

11. cara menghilangkan ketuat:

sapukan getah dari pelepah betik yang depetik terus dari pokoknya.
titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri.
lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

12. menaikkan seri muka:

basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke
tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan
selalu.

13. mengelakkan nafas berbau:

sangar hampas kelapa hingga kuning. amalkan mengunyah hampas kelapa
itu.jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya.
minumlah air suam selalu.

14. limau nipis mewangikan rambut:

potong dua biji limau nipis melintang. kemudian gosokkan ke kulit
kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke
akar rambut.biarkan beberapa minit sebelum dibilas.

15. mengelakkan cermin kenderaan kabur:

basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo
mandian ke atasnya. laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan
anda dengan menggunakan tuala tadi.

16. mengelak keguguran rambut:

ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. sapukan ke kuit
kepala se-eloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah
kelemomor.

17. ubati bibir yang pecah:

bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa
kemudian
di minum beberapa kali.

18. menghilangkan kembong perut.

ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa.
kemudian layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun
yang masih panas ditekapkan kepada perut.

19. atasi tumit pecah:

gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian
berus tumit kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi.

20. ubat sakit angin:

kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan
mentah-mentah. badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. rasa mual
dan pening akan berakhir.

21. menghaluskan kulit muka:

didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. biarkan ia
sejuk lalu disapukan kepada muka. biarkan kering lalu dibasuh dengan air
bersih.

22. melembutkan tapak kaki:

ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau
nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan
sekurang-kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.

23. mengatasi mabuk perjalanan jauh:

bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam.
amalkan selalu.

24. menghapuskan urat timbul di kaki sewaktu mengandung:

belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang
mula
timbul.amalkan selalu.

25. mencantikan telur rebus:

rebuskan telur sehingga tiga suku masak. masukkan kulit bawang
merah
ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. kemudian
rebuskan kembali telur itu.

26. menghalau semut:

masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke
dalam
bekas berisi gula.

27. mengelakkan lipas:

ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran
lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan
itu
sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

28. mengelakkan sawang atau sarang laba-laba:

bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang laba-laba. kemudian
celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.

29. hilangkan lebam di bawah mata:

sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan
beberapa kali.

30. menghilangkan bau mulut:

tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang
putih. kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih.
lakukannya tiga hari sekali.

31. merawat sakit lecur:

titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur.

32. meredakan batuk:

rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama
semalaman di dalam jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada
orang yang batuk sekerap mungkin.

33. mengembalikan seri muka selepas bersalin:

rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali
seminggu. se-eloknya pada waktu pagi dan malam.

34. mencantikan kulit janin:

amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal
lahir nanti terhindar dari mendapat ruam lampin.

35. mengembalikan kesegaran kepala:

ramas tujuh biji limau nipis yang telah diputong melintang ke dalam
bekas air suam. tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama
sepuluh minit. kemudian barulah dibilas. lakukan diwaktu petang.

36. menghaluskan kulit muka:

bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau
sehingga ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah
dibersihkan.biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. selepas itu
barulah

dibilas.

37. mencabut kutu babi:

petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke
atas kutu babi. selepas itu ianya akan menjadi senang untuk
dicabut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan