CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Rabu, 27 Oktober 2010

BACALAH YAASIN


BACALAH YAASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1.Apabila orang lapar membaca   surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2.Jika orang tiada pakaian boleh    mendapat pakaian.   
      
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4.Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
 
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang  dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
    meringankan siksanya. 

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai  hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.

12.  Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

13. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah , menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang  suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga  membawa minuman  untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah  nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan