CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Khamis, 28 Oktober 2010

FADHILAT SURAT AL-FATIHAH::

FADHILAT SURAT AL-FATIHAH::

Abu Sa’id Al Khudri pernah bergerak dengan sejumlah sahabat kemudian mereka singgah di salah satu lembah dari lembah-lembah yang ada di Arab, lalu mereka meminta kepada penduduk lembah tersebut agar menerima mereka sebagai tamu. Tetapi penduduk lembah itu enggan menerima mereka.
Kemudian pemimpin kampung itu disengat ( oleh seekor haiwan ) hingga mereka datang menemui para sahabat untuk meminta tolong, seraya berkata :
” Apakah ada salah seorang di antara kalian yang boleh me-Ruqyah ( Jampi )?”.
Abu Sa’id Al Khudri berkata :
” Saya, tetapi saya tidak bersedia me-Ruqyah untuk kalian sehingga kalian memberikan kapada kami suatu pemberian ”.
Kemudian Abu Sa’id Al Khudri me-Ruqyah orang yang tersengat itu. Setelah di-Ruqyah orang tersebut berdiri dengan selesa seolah-olah baru terlepas dari ikatan. Lalu mereka memberi para sahabat sejumlah kambing.
Ketika mereka kembali ( ke-Madinah ) mereka mengkhabarkan kepada Nabi SAW, lalu Nabi bersabda kepada Abu Sa’id Al Khudri :
” Dengan apa kamu me-Ruqyahnya? ”.
Abu Sa’id Al Khudri menjawab :
” Dengan surat Al Fatihah ”.
Nabi SAW bersabda :
” Siapa yang memberi tahu kamu bahawa ini adalah Ruqyah? ”.
“ Lalu Nabi SAW mengakui perbuatan mereka ( pertanda beliau setuju ) ”
( HR. Bukhari )

Faedah Lainnya dari Surat Al-Fatihah :

1. Al Hamdulillah.
Jika ada orang yang menderita sakit batuk, ayat Al HamdulIlahi ini ditulis pada pinggan putih, lalu dihapus dengan minyak bijan dan diminumkan, Insya Allah sembuh.

2. Rabbil 'Aalamiin.
Jika ingin disayang dan dicintai oleh orang lain, ayat Robbil 'Aalamiin ditulis pada pinggan putih, lalu dihapus dengan minyak bijan dan kemudian dipakai sebagai minyak rambut, Insya Allah banyak orang yang sayang dan cinta kepadanya.

3. Ar Rahmaan.
Jika ada tanaman yang kurus ayat Ar-Rahmaani ini ditulis pada pinggan putih dan dihapus dengan air kemudian disiramkan pada tanaman yang kurus, Insya Allah akan subur terhindar dari berbagai jenis penyakit
.
4. Ar Rahiimi.
Jika ada binatang galak atau musuh yang sudah mendekat, ayat ini ditulis pada kertas dan dipakai Insya Allah Binatang galak atau musuh pergi jauh.

5. Maaliki Yaumid Diin.
Jika ada orang yang baru mendirikan rumah ayat Maaliki Yaumid Diin ini ditulis pada kertas dan diletakan pada sudut rumah yang jumlahnya ada empat, Insya Allah akan selamat dari marabahaya.

6. Iyyaka Na'budu.
Jika ada tanaman yang dihama tikus atau babi hutan, maka ayat Iyyaka Na'budu ini ditulis pada kertas dan dimasukan dalam bambu, kemudian ditancapkan pada sudut sawah Insya Allah tidak akan dihama oleh tikus atau babi hutan.

7. Wa Iyyaaka Nasta'iin.
Jika ada binatang galak atau orang yang sedang mengamuk, maka ayat Wa Iyyaaka Nasta'iin dibaca tujuh kali Insya Allah akan selamat dari amukannya.

8. Ihdinash Shiraathal Mustaqiimi.
Jika ada orang yang tersesat atau merasa bingung dalam hutan maupun dalam perjalanan, maka ayat ayat Ihdinash Shiraathal Mustaqiimi dibaca dengan memejamkanmata, Insya Allah tidak tersesat atau merasa bingung.

9. Shiraathal Ladziina.
Jika ada orang yang menjadi musuh atau orang yang menaruh kebencian kepadanya, maka dengan membaca ayat Shiraathal Ladziina dengan hati yang penuh ikhlas akan segera hilang kebenciannya dan tidak memusuhinya.

10. An'amta Alaihim.
Jika ada musuh, ambillah pasir dan dibacakan ayat An'amta Alaihim, kemudian disebarkan di depannya atau di belakangnya, maka akan kelihatan lautan api oleh musuh dan dia tidak dapat melihat orangnya.

11. Ghairil Maghduubi Alaihim.
Jika kamu dalam perjalanan merasa sangat lapar dan tidak membawa bekal, maka ambillah daun yang dapat dimakan dan dibacakan ayat Ghairil Maghduubi Alaihim, lalu dimakan Insya Allah tidak akan merasa lapar atau jika tidak ada daun, maka bacalah ayat ini pada telapak tangan, kemudian diusapkan pada leher, Insya Allah akan lebih kuat menahan lapar.

12. Walaadh Dhaaliin.
Jika ada orang yang merasa benci, maka bacakanlah ayat ini dengan hati yang penuh ikhlas, Insya Allah akan hilang bencinya dan berganti sayang.

13. Amiin
Jika ada orang yang menderita sakit lama belum sembuh, maka ambillah bawang putih, pala, cengkih tujuh butir dan jintan hitam semuanya ditulis Amiin serta dibacakannya dengan hati yang penuh ikhlas, Insya Allah lekas sembuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan