CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Khamis, 28 Oktober 2010

Peringkat Isteri Dlm Memberi Ketaatan

  Peringkat Isteri Dlm Memberi Ketaatan

Peringkat-Peringkat Isteri   Dalam Memberi Ketaatan dan
 Meminta Nafkah:

 1.Isteri   Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari   suaminya
sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan
suaminya, dia   terima dengan penuh malu dan bersyukur.
Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada,   dia bersabar. Tapi
meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu,   kalau
diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun
dia tolak   dengan baik, dia lebih suka menolong
suaminya.
Itulah golongan yang   bersifat orang yang Siddiqin.
Golongan ini payah hendak dicari terutama   di akhir
zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau
gagak putih.   Ini adalah perempuan luar biasa.

2.Isteri Muqarrobin

Isteri yang   tidak meminta dari suaminya kecuali yang
perlu sahaja. Yang tidak perlu dia   tidak akan
memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak
perlu dia   tolak dengan baik. Tapi kalau yang
diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar.   Namun dia
tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar
dengan keadaan   itu.
Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah
hendak dicari di   zaman kebendaan ini, di zaman orang
memburu dunia, di zaman orang memandang   dunia adalah
segala-galanya.

3. Isteri Solehin

Isteri yang   meminta kepada suaminya yang perlu dan
juga sekali-sekala meminta juga yang   tidak perlu
seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada
dari segi   makan minum, tempat tinggal, kenderaan.
Namun kalau suaminya tidak memberi,   dia tetap sabar
dan tidak pula menjadi masalah.
Itulah dia golongan orang   yang soleh.

4.Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta   bukan sahaja
yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka
meminta-minta juga.   Kalau diberi pun tidak pernah
puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah   pun
tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah,
dia   merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk
hingga menjadi masalah dalam   rumah tangga.
Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu
sahaja   derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap,tindakannya,   percakapannya selalu sahaja
menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu   serba
salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi,
berbagai-bagai   kemahuannya terpaksa ditunaikan.
Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan   atau dua
bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun
demikian tidak   juga puas dan tidak juga merasa cukup.
Macam-macam yang dia   hendak.
Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti,
sentiasa   bergolak, sentiasa bergelombang macam air
laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada
bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga.
Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air
muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu
anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga
yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi.   Apalah
bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak
pernah rehat dan   tenang. Apalah akan jadi kepada
anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam   kucing
dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan   hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:
"Di   sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi   atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para   shahabat, Rasulullah menjawab,"Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah,saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena   Allah."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan