Petua 1
Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat - tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. Insya-Allah, muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 2
Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.
Petua 3
Giling beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .
Petua 4
Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .
Petua 5
Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .
Petua 6
Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 7
Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .
Petua 8
Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam .
Petua 9
Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan > air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .
Petua 10
Giling sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .
Petua 11
Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam . Kesannya tentu memuaskan hati anda . Insya-Allah .
Petua 12
Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selau diamalkan jerawat akan kering dan pupus .
Petua 13
Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu) .
Petua 14
Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat. Ambil sedikit daun pegaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30 minit cuci dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akibat kesan dari penggunaan daun pegaga itu. Lakukan 3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi.
PETUA-PETUA MELAYU
Cengkih Penawar Sakit Gigi
Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit beransur kurang.
Gambir Penawar Gatal
Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal.
Hilangkan Daki dan Bau Badan
Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.
Hilangkan Parut
Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.
Ikan Tidak Hanyir
Asam Jawa dapat menghilangkan hanyir ikan pari dan ikan duri. Mula-mula ambil asam jawa dan air, diramas didalam satu bekas. Kemudian masukkan ikan pari atau ikan duri selama setengah jam. Selepas setengah jam, kikis hanyir pada badan ikan tadi hingga habis. Kemudian barulah dipotong ikan tadi dan diramas dengan asam jawa bersama garam kasar berkali-kali. Kosek hingga bersih dan putih serta hilang hanyirnya. Selamat mencuba. Insya-Allah, hanyir akan hilang.
Keputihan Pada Mulut Bayi
Caranya, titikkan satu atau dua titik air hangat (suam-suam kuku) pada tempat yang putih, dalam seminggu. Insya-Allah, keputihan itu akan sembuh. Boleh juga ambil serbuk penaik lalu dibubuh didalam air suam. Kemudian celupkan kapas dan sapukan pada lidah bayi.
Khasiat Oat: Merawat kulit kering dan berkedut
Caranya, bubuh dua camca teh oat didalam mengkuk, gaulkan dengan susu pembersih muka atau pelembap muka dan sapu pada kulit (sental kulit dengan penyental dahulu). Tunggu 5 - 10 minit dan bolehlah dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, tidak kering serta menjimatkan wang.
Membuang Lemak Badan
Sekiranya anda mengalami masaalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.
Mengatasi Gatal Keladi
Supaya sayur keladi tidak terasa gatal, ketika memasaknya anda hanya perlu memasukkan tiga atau empat keping hirisan pinang ke daalam masakan. Dan untuk menghilangkan rasa gatal pada tangan pula, lumurkan tangan anda dengan minyak masak. Insya-Allah, gatal akan beransur kurang.
Melangsingkan Tubuh
Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.
Sengal Tulang
Bagi anda yang selalu mengidap sakit sengal tulang, cubalah petua ini. Ambil sedikit getah pohon kemboja dan sapukan pada sendi yang terasa sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat meredakan sakit sengal tulang dengan berkesan. Selamat mencuba!.
KOLEKSI PETUA BERGUNA
Elak ikan melekat ketika digoreng
Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang digoreng.
Menjadikan wajah berseri
Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.
Merawat bengkak usus
Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.
Mengilatkan periuk
Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk berkilau.
Menghilangkan jerawat batu
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.
Rawatan jika terkena minyak atau air panas
Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.
Mengelakkan gula dimasuki semut.
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari.
Menghilangkan demam campak
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).
Karipap lebih rangup
Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama ½ cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan rangup dan enak.
Melegakan selsema bayi
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.
Melembutkan daging
Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.
Menghilangkan parut luka
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
Memudahkan mengopek kerang
Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.
Merawat penyakit buasir
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.
Mengatasi bayi demam selepas disuntik
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.
Menghilangkan gatal getah keladi
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.
Mempercepatkan pembekuan agar-agar
Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyang perlu disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya.
Mengelak kain batik daripada luntur
Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.
Memudahkan bayi buang air besar
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.
Cara merawat penyakit panau
Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.
Menghilangkan bau nasi hangit
Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit – tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.
Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.
Menghentikan hidung berdarah
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.
Kacang hijau cepat empuk
Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Banyaknya minyak masak terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang.
Cara membersih botol susu hingga berkilat
Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan