CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Rabu, 27 Oktober 2010

DOA MELEPASKAN KEGUNDAHAN HATI DAN HUTANG

DOA MELEPASKAN KEGUNDAHAN HATI DAN HUTANG
 
Pada suatu hari, Rasulallah SAW masuk ke masjid dan menjumpai seorang sahabat bernama Abu Umamah sedang duduk termenung. Ia duduk termenung seorang diri, suasana masjid sepi kerana pada saat itu belum masuk waktu solat.

 
Rasulllah SAW mendekatinya dan bertanya, “Hai Abu Umamah, kenapa kau duduk di dalam masjid di luar waktu sholat ?’
Abu Umamah menjawab, “Hatiku sedang gelisah wahai Rasulallah dan aku mempunyai hutang yang harus kubayar”.

 
Mendengar keluhan ini Rasulallah bersabda, “Ingatlah, aku ajarkan kepadamu suatu ucapan (doa), apabila kau mau mengucapkannya, Allah akan menghilangkan kegundahan hatimu dan Dia akan menyelesaikan hutangmu. Ucapkanlah di kala pagi dan tengah hari :

 
أللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن، وأعوذ بك من العجز والكسل، وأعوذ بك من الجبن والبخل وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال.  

 
Allaahumma innii a’uudzu bika minal hammi wal hazan, wa a’uudzu bika minal ‘ajzi wal kasal, wa a’uudzu bika minal jubni wal bukhul, wa a’uudzu bika min ghalabatid daini wa qahril rijaal.

 
Artinya: Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari penakut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu dari dililit hutang dan dipaksa (diperas orang).

 
Setelah mengamalkan apa yang disarankan oleh Rasulallah SAW di atas, tak lama setelah itu Abu Umamah berhasil melunas hutangnya dan hilang kesedihannya. (HR Abu Dawud)
Keterangan:

 
Al-hammu: kegelisahan hati kerana suatu peristiwa yang terjadi.Al-Hazan : Kesedihan kerana sesuatu yang hilang (harta, jiwa dan lain-lain). Menurut sebagian ulama, al-hammu (kegelisahan) lebih berat dari al-hazan (kesedihan), kerana kegelisahan bila terdapat kesedihan di dalamnya.Bagi yang biasa membaca Wirdul Latiif, susunan Habib Abdullah bin Alwi Al-Hadad, doa di atas sudah termasuk di dalamnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan