Azan dan Tiga Tandanya
Renungkanlah WAHAI SEKALIAN HAMBA-HAMBA Allah yang dirahmati ALLAH SWT.
Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar
mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam
kita wajib
menghormati azan.
Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah
"Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini
ketika nyawanya akan
dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah
kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa
nyawa kita sedang
dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan
lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut
menghampiri kami. Amin..
amin... amin Yarobbal a'lamin..
" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan