CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Isnin, 27 Februari 2012

Mukjizat Yasin

Mukjizat Yasin

 Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..

Ø Ayat 1 - 9    -       Untuk keselamatan diri 

Ø Ayat 9        -       Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ø Ayat 12       -       Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ø Ayat 13 - 35  -       Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ø Ayat 22 - 23  -       Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ø Ayat 29       -       Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ø Ayat 29       -       Utk igunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ø Ayat 30       -       Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ø Ayat 32       -       Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya:Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ø Ayat 33 - 35  -       Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ø Ayat 36       -       Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ø Ayat 37       -       Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ø Ayat 38       -       Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 39       -       Mengisahkan ilmu falak.

Ø Ayat 40       -       Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 41       -       Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ø Ayat 44       -       Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ø Ayat 45 - 48  -       Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ø Ayat 49       -       Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

o Tiupan pertama        -       Datang dengan tiba-tiba

o Tiupan ke-dua         -       Hancur

o Tiupan ke-tiga        -       Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ø Ayat 50       -       Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ø Ayat 58       -       Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ø Ayat 76       -       Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ø Ayat 76       -       Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ø Ayat 78 - 79  -       Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ø Ayat 79       -       Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ø Ayat 82       -       Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

PANDUAN & NASIHAT


PANDUAN & NASIHAT
Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."
(Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)

Taman Taman Syurga Kebaikan madu

Taman Taman Syurga  Kebaikan madu

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. IBU MENGANDUNG
a. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

3. ANAK DALAM KANDUNGAN
a. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

4. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
e. Mengelak dari kembung perut bayi.

5. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
a. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

Muhammad SAW Utusan Terakhir: Kembali kepada sunnah cabaran umat akhir zaman

Muhammad SAW Utusan Terakhir: Kembali kepada sunnah cabaran umat akhir zaman

Oleh Mohd Zamri Shafie

HAKIKAT yang wajib diimani, diyakini dan disyukuri oleh umat Islam adalah lahir sebagai umat nabi akhir zaman iaitu umat Nabi Muhammad SAW.

Allah mengutus Nabi di tengah-tengah masyarakat yang tidak tulen pengabdiannya kepada Allah baik dalam akidah mahupun syariat. Masyarakatnya juga sangat pincang dari segi akhlak, budi pekerti dan budaya.

Nilai etika dalam perjalanan kehidupan mereka juga amat meruncingkan. Masyarakatnya bersengketa, menzalimi dan dizalimi sesama sendiri hinggakan menumpah darah dan berlarutan puluhan tahun.

Gambaran hidup mereka dinukilkan Zubir bin Abi Salma, penyair terkenal ketika itu dengan berkata dalam syairnya: "Sesiapa saja yang tidak menjaga kehormatan diri dan kebebasannya dengan pedang dan senjatanya, dia akan dimusnahkan orang. Begitu juga sesiapa yang tidak melakukan kezaliman terhadap orang lain, dia akan menerima kezaliman orang lain ke atas dirinya.”

Keadaan masyarakat jahiliah juga digambarkan oleh Saidina Jaafar bin Abu Talib yang juga Ketua Rombongan Hijrah ke Habsyah. Katanya kepada Raja Habsyah: “Wahai Raja! Ketika kami masih pada zaman jahiliah, kami menyembah patung, suka makan bangkai, cinta kepada segala bentuk kekejian, tidak pernah bersatu dengan keluarga, mahupun tetangga dan yang kuat selalu menindas yang lemah.”

Bagi mengubah keadaan itu, Allah mengutuskan Muhammad bin Abdullah sebagai utusan-Nya. Baginda ialah jati diri manusia sebenarnya. Rasulullah diutus membawa sinar cahaya iman dan Islam kepada seluruh alam supaya dapat memandu umat manusia ke jalan yang diredai oleh Allah.

Firman Allah bermaksud: “Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang kafir dan mengerjakan maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari akhirat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah an-Nisa', ayat 165).

Baginda menghadapi pelbagai tentangan dalam dakwahnya. Keperitan dan kesusahan Rasulullah tiada tolok bandingnya. Seruan tetap diteruskan di kalangan sahabat dan keluarga serta umat manusia seluruhnya.

Rasulullah dibenci walaupun terbukti kebenaran yang dibawanya. Selama 23 tahun, Baginda menanggung keperitan dengan berbagai tentangan berbentuk seksaan, ejekan dan penghinaan.

Sebagai umat Islam yang tidak pernah bertemu dengan Nabi Muhammad, pastinya tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata, kesan penentangan terhadap diri Baginda dan pengikutnya dalam menyebarkan dakwah risalah Islam.

Perjuangan menyebarkan dakwah Islam diteruskan walaupun Baginda terpaksa mengorbankan seluruh hidupnya demi menegakkan agama Allah. Dengan keimanan teguh dan keazaman serta semangat juang kental, Baginda menyahut seruan Allah itu bagi memastikan Islam tertegak di muka bumi Allah.

Dengan inayah dan hidayah daripada Allah, umat akhir zaman ini dapat menerima ajaran suci ini tanpa bersusah payah menanggung beban kesusahan. Cuma yang pasti, kesusahan umat akhir zaman ini ialah untuk menghayati perjuangan Baginda dan mengamalkan sunnah yang ditinggalkan olehnya.

Sempena sambutan Maulidur Rasul, umat Islam akhir zaman wajib bersyukur dengan meningkatkan keimanan dan berazam dalam diri untuk menjadi umat Muhammad terbaik. Kita mesti melaksanakan segala perintah Allah dan rasul-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya. Kita juga hendaklah menghayati sunnah Baginda yang juga cara hidup yang mesti dicontohi oleh setiap Muslim.

Tiada sesiapa yang dapat dijadikan contoh terbaik oleh umat Islam seluruhnya selain diri Rasulullah. Baginda seorang yang amat istimewa. Nabi Muhammad ialah contoh terbaik dalam perkara berkaitan urusan kehidupan dan kesempurnaan akhlak.

Mereka yang beriman selepas kewafatan Nabi, diberi penghargaan dan akan menikmati kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Abu Umamah bermaksud: “Berbahagialah orang yang melihatku dan beriman kepadaku, dan berbahagialah tujuh kali ganda mereka yang tidak melihatku, sedangkan mereka beriman kepadaku.” (Riwayat sahih Ibn Hibban).

Penghargaan Rasulullah terhadap umatnya adalah pendorong kuat yang mempunyai motivasi tinggi bagi umatnya ke arah melaksanakan perintah Allah dengan cara terbaik. Umat Islam sewajibnya merealisasikan penghargaan itu dengan mengisi cara hidup Islam sebenarnya. Hal ini sejajar dengan firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu bagi kamu yang terang nyata.” (Surah al-Baqarah, ayat 208).

Firman-Nya lagi bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah adalah Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya), melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah mengenai kebenarannya, (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabnya.” (Surah Ali Imran ayat 19).

Motivasi Diri

Motivasi Diri –
Sumbangan : Dr. Fadzilah Kamsah

Dr Fadzilah Kamsah juga pesan kepada sang suami-suami:sebelum tidor tiap malam, maafkanlah isteri (isteri-isteri) anda, kerana
jika anda mati, maka isteri anda akan berada dalam keadaan telah di maafi suami, dan dengan itu maka mudahlah baginya memasuki syurga.
(Isteri tidak dapat memasuki syurga jika suaminya tidak memaafkannya)

* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan
work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

* Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg
dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

* Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg
pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh
membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

* Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa
maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at
8:30pm , around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari
berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar
dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air

* Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang

* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak

* Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

* Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara
actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.



Tatacara didik diri sendiri

* Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar
21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg
-ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih,
wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :-

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam

TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam

CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind
each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words
to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do
impart this knowledge & you'll lose nothing.



Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu
tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta
bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu
menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...