CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Isnin, 27 Februari 2012

Semoga jadi panduan bersama ....

  Semoga jadi panduan bersama ....

> Kuasa Mutlak - hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini iaitu
> SUAMI dan IBU.Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2.
> Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi Islam sehingga seseorang
> itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan
> tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau
> sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga
> anak2 terhadap ibunya.
>
> Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar
> menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan
> terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung
> didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan
> mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir
> dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu
> kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana
> doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya
> kita untuk mendapat kebahagiaan?
>
> Kalau anak - anak2 cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja
> hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa.
> Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya.Sekiranya anak
> tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul.Kesanya,
> doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat
> pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan
> mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.
>
> Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita
> bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman
> Nabi saw. Seorang sebab dia TANPA SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk
> yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi
> kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan
> isterinya. Dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua
> ibu tadi mengampunkan anak2nya.
>
> Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu.
> Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah
> - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI
> MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak
> dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM
> samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa
> sebagai IBU, kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2
> kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar
> akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin
> meminta ampun.
>
> Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini
> hendaklah dijaga dengan baik.InsyAllah bermula dari satu keluarga yang
> mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu
> masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah
> lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.
>
> Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki).
> Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan
> menjadi ibu yang akan melahir kan anak yang akan menjadi suami (anak
> lelaki) dan juga isteri anak perempuan) dan seterusnya mereka akan
> melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang
> ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang
> penting bukan mempunyai bahkan mesti menggunakan dengan sebaiknya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan