CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Rabu, 29 Disember 2010

TAZKIRAH JUMAAT

Jumaat lebih agung daripada hari raya
SESUATU yang dijadikan Allah di bumi ini mengandungi faedah dan nikmatnya. Allah juga pada masa sama, melebihkan antara satu kejadian dengan yang lain
mengikut arahan-Nya. Itulah kekuasaan Allah yang mencipta segala kejadian dalam alam ini.
 
Setiap ciptaan-Nya mempunyai kelebihan tersendiri dan kelebihan manusia di sisi-Nya ialah mereka yang paling bertakwa kepada-Nya.

 
Selain itu, Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini. Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud: "Sekali sembahyang di masjid-Ku (Masjid Madinah) lebih baik  daripada seribu kali sembahyang di tempat lain kecuali di Masjidil Haram."

Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu sebagaimana Allah melebihkan Ramadan daripada segala bulan yang lain. Allah melebihkan Jumaat daripada segala hari yang lain dalam seminggu. Sabda Nabi Muhammad bermaksud:
"Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat, pada hari itu Allah menjadikan Adam, pada hari itu dimasukkannya ke dalam syurga dan dikeluarkannya daripadanya."
Dalam hadis lain pula, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Jumaat itu penghulu segala hari serta yang paling agung di sisi Allah dan adalah lebih agung di sisi Allah daripada Hari Raya Haji (korban) dan Hari Raya Puasa."
Daripada kedua-dua hadis itu jelas menunjukkan keistimewaan Jumaat. Jumaat adalah hari diciptakan Nabi Adam dan pada hari itu juga, Baginda dimasukkan
ke syurga dan juga dikeluarkan daripadanya.
Jumaat adalah penghulu segala hari dan lebih afdal daripada Hari Raya Korban dan Hari Raya Puasa. Jika pada kedua-dua hari raya itu disunatkan sembahyang hari raya, tetapi pada Jumaat difardukan sembahyang Jumaat.
Ada antara kita berasakan Jumaat seperti hari lain. Ini menyebabkan mereka mengisi hari itu dengan hati yang kosong tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya.
Lebih malang lagi, ada pula yang meninggalkan Jumaat tanpa rasa berdosa kepada Allah. Tidak mustahil ketika khutbah disampaikan, ada yang sedang berehat di samping keluarga, menjamah hidangan tengah hari dan tidak kurang berkelah.
Golongan ini lupa pada kewajipan kepada Allah, sementara itu ada pula yang masih sibuk dengan urusan pekerjaan dan perniagaan.
Mereka dapat mendengar laungan Jumaat melalui radio atau menara masjid walaupun di mana berada. Mereka itu terdinding daripada petunjuk Allah.
Pada masa lalu, masih ada kaum Muslimin yang beranggapan bahawa sembahyang Jumaat itu hanya fardu kifayah, dan jika ada sebilangan kaum Muslimin yang
mengerjakannya, mereka akan terlepas daripada kewajipan itu.
Ada pula yang hanya takut jika meninggalkan Jumaat hingga tiga kali atau dua kali tanpa sebarang keuzuran yang diharuskan oleh syarak.
Mereka berasakan jika meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut barulah hukumnya haram, sekiranya sekali atau dua kali tidak mengapa.
Anggapan ini silap dan sesat kerana sembahyang Jumaat adalah fardu ain iaitu wajib dikerjakan oleh setiap Muslim yang mukalaf dan wajib pula dilakukan pada setiap Jumaat.
Dalam erti kata lain, sesiapa yang meninggalkan Jumaat dengan sengaja hukumnya haram dan berdosa

Jika Makanan Jadi PENYAKIT

Penyakit yang singgah di tubuh manusia biasanya
berkait rapat dengan makanan yang disuap.  Makanan
bukan sekadar mengenyangkan perut tetapi boleh juga
menjadi racun andainya tidak dikawal dengan baik.
    Sebuah riwayat menceritakan bahawa Raja Negus
menghantarkan seorang tabib (doktor) untuk berkhidmat
kepada Rasulullah.  Ketika menerima kedatangan tabib
berkenaan, Rasulullah memberitahunya bahawa baginda
dan para sahabat sangat menjaga perut kerana perut
adalah wadah pelbagai penyakit.

    Kata-kata Rasulullah itu ada kaitannya dengan firman
Allah lewat surat An-Nahl: 114 yang bermaksud,
    Oleh itu, makanlah (wahai orang yang beriman) daripada
apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu daripada
benda halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah,
jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.

    Ulama terkenal, Dr Yusof al-Qaradhawi juga pernah menyatakan,
jika perut itu sarang kepada penyakit, makan melaparkan perut
adalah raja bagi segala ubat.  Maksud ulama ini mungkin lebih
tepat jika dikaitkan dengan ibadat puasa yang dilakukan umat
Islam.  Dalam pada itu, bukan bermakna kita terbatas untuk
makan, tetapi seelok-eloknya kawal pengambilan makanan
agar tubuh segar dan seimbang.

    Tubuh yang sihat dibentuk oleh makanan yang berkhasiat.
Begitu juga rohani yang bersih turut berpunca daripada
makanan yang berkhasiat.


Jika Kalian Junub Maka Mandilah


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ubay ibnu Ka'b ra. telah menceritakan hadis berikut:
Sesungguhnya fatwa yang biasa mereka fatwakan, yaitu bahwa sesungguhnya air itu (mandi jinabah) berasal dari air lain (air mani), hal itu merupakan rukhshah yang ditetapkan oleh Rasulullah saw. pada permulaan Islam, kemudian sesudah itu beliau saw. memerintahkan mandi (jinabah).
(Riwayat Abu Daud dan Turmudzi)
Keterangan:
Yang dimaksud dengan fatwa ialah kalimat yang sesudahnya, yaitu sesungguhnya mandi jinabah itu disebabkan mengeluarkan air mani, dalam kaitannya dengan bersetubuh.
Fatwa tersebut sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Muslim seperti berikut:
Bahwa pada suatu hari Nabi saw. berdiri di hadapan pintu rumah 'Atabah, lalu memanggilnya. 'Atabah keluar seraya menarik kainnya. Maka Rasulullah saw. bersabda:
"Lelaki yang tulen adalah yang kuat bersetubuh."
'Atabah langsung bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang diwajibkan atas lelaki yang menyetubuhi isterinya tetapi tidak mengeluarkan air mani?"
Maka Rasul saw. menjawab, "Sesungguhnya mandi itu berasal dari keluarnya air mani." Atau dengan kata lain, mandi jinabah tidak diwajibkan karena bersetubuh kecuali apabila mengeluarkan air mani.
Hal tersebut terjadi pada permulaan Islam demi untuk mempermudah dan meringankan mereka. Sesudah itu Nabi saw. memerintahkan untuk mandi jinabah sehabis bersetubuh sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
Hadis ini diketengahkan oleh Imam Turmudzi dengan sanad yang sahih.

Dikutip dari kitab terjemah At-Taj, Syekh Mansyur Ali Nashif. (Mahkota pokok-pokok hadis Rasulullah saw) terjemahan Bahrun Abu Bakar, terbitan Sinar Baru Bandung. jilid 1, bab bersuci, 6. mandi hal. 297, 298

JIKA DITIMPA SESUATU MUSIBAH YANG SUKAR DISELESAIKAN..


Berikut adalah salah satu kaedah menyesali segala perbuatan silam untuk tujuan pemulihan diri-sendiri di samping untuk mendekatkan diri kepada Allah swt dan silaturrahim dengan sekelian para makhluk:-
Selepas sembahyang fardhu / sunat ( sebaiknya selepas sembahyang sunat taubat..2 rakaat)
Selepas sembahyang baca :-
- Al-Fatihah...1x.- Hadiahkan kepada sekelian yang menurunkan amalan ini samada masih hidup atau telah meninggal dunia.
- Shahadat 3x...
- Allahu samii'ul Bashir...1x
- La maujudan, wala hayyan, wala qaadiran, wala aa'liman, wala samii'an, wala bashiiran, wala mutakalliman fil haqiiqati illallah.....1x
- La ilaha illallahu wallahu akbar...1x
- Ilaahi ta'ala - al-Fatihah...1x
- Qulhuallah.....6x
- Qul A'uzubirabbil Falaq...1x
- Qul A'uzubirabbinnas....1x
- Al-Fatihah ...3x
- Ilaa hadrotinnabiyyil musthofa sallalhahu alaihi wasallam ..al-Fatihah..3x
- Al-Fatihah...3x. Dihadiahkan kepada Nabi Adam a.s, Saidatina Hawa dan para Nabi serta rasul alaihissalam.
- Al-Fatihah....3x. Dihadiahkan kepada Malaikat Jibril, Mikail, Israfil, Izrail dan semua para malaikat Allah.
- Al-Fatihah...3x. Dihadiahkan kepada sekelian Wali Allah
- Al-Fatihah...3x. Dihadiahkan kepada sekelian datuk dan nenek.
- Al-Fatihah...3x. Dihadiahkan kepada ibubapa.
- Al-Fatihah...3x. Dihadiahkan kepada guru-guru.
- Al-Fatihah....3x. Dihadiahkan kepada sekelian muslimin dan muslimat, mukminin serta mukminat.
- Al-Fatihah...3x dihadiahkan kepada sekelian makhluk Allah, Langit dan Bumi, Bulan & Bintang, Matahari, Arasy, Syurga dan Neraka, Tanah, Air, Api dan Angin, Bukit - Bukau, Gunung-Ganang, Tumbuhan, Haiwan Serta Segala Kejadian seisi alam.
- Al-Fatihah ...3x . Dihadiahkan kepada ruhani dan jasmani diri sendiri.
Doa:-
Amin.....Al-Fatihah 1x. A) Minta Allah swt ampunkan :-
- Dosa kedua ibubapa
- Dosa diri sendiri terhadap Allah swt
- Dosa diri sendiri terhadap ibubapa
- Dosa diri sendiri terhadap guru dan orang ramai
- Dosa diri sendiri terhadap makhluk Allah swt
B) Minta Allah swt menarik kembali segala jenis ilmu dan amalan yang tidak diredhai-Nya daripada diri sendiri.
C) Minta Allah swt menarik kembali segala bentuk penganiayaan samada daripada manusia, jin atau syaitan atau samada dengan termakan atau terminum, hantaran atau apa jua hikmat-hikmat sekalipun.
D) Minta Allah swt membetulkan kembali segala kerosakan yang ada dalam tubuh badan kita seperti perjalanan darah, angin, urat-saraf, pemikiran, pandangan, pendengaran dan lain-lain.
E) Minta Allah swt mengangkat kembali segala penyakit yang ada dalam badan samada yang lama atau yang baharu.
F) Minta Allah swt pulihkan kesihatan supaya kembali sihat seperti sediakala dengan segera.