CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Rabu, 27 Oktober 2010

Bina Peribadi Waktu Makan




 Bina Peribadi Waktu Makan

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa
menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan
kehidupan
atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah  program
bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.  Antara didikan yang boleh
diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

 1. Tunggu orang yang palingtua
"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau
tidak  ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu
selama  tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang
lebihtua  walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu
macam mana
anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan." 

2. Baca basmalah danguna tangan kanan
"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan kemulut atau
memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk
ke mulut  dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan
kanan.  Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat.
Amalan ini  tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi
perlu pada  kesabaran dan istiqamah."

3. Ambil lauk terdekat dulu  "Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang
paling dekat. Kenapa? Melatih  sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang
jauh tak mengapa, itu dikira  usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik.
Ia mempengaruhi corak kehidupan  dan corak kita bekerja.  "Kalau ayah
atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang  pertama letak
di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak  mahu lauk
itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita  buat
macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah
bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak
cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya."

4. Kawal suapan  "Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan
diangkat suapan seterusnya  selagi di dalam mulut itu belum ditelan.
Sesudah ditelan, baru angkat  suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk
apa? Melatih jangan tamak dan  bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada.
Atau lebih tepat, melatih syukur  terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan
menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab
makan adalah perkara  yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu
ia mempengaruhi roh."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan