CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Khamis, 28 Oktober 2010

MALAIKAT MALIK & API NERAKA

MALAIKAT MALIK & API NERAKA
 
Mansur bin Amar berkata: "Telah sampai kepadaku riwayat bahawa malaikat
Malik yang ditugaskan menjaga neraka itu mempunyai tangan yang banyak sekali
seramai bilangan penghuni neraka, dan pada tiap-tiap kaki malaikat Malik
terdapat tangan yang mendirikan, mendudukkan dan mengikat dengan rantai."
Kalau malaikat Malik memandang ke neraka maka penghuni neraka akan memakan
sesama mereka kerana takutnya mereka kepada malaikat Malik.
Huruf "Al basmalah" itu ada sembilan belas dan bilangan huruf pada "Az
Zabaniyah" juga ada 19.
Mereka dinamakan demikian itu (Zabaniyah) kerana mereka itu boleh bekerja
dengan kaki mereka seperti mereka bekerja dengan tangan mereka.
Satu malaikat Zabaniyah boleh mengambil 10,000 orang kafir dengan satu
tangan, 10,000 dengan salah satu kakinya, 10,000 dengan tangan yang lain dan
mengambil sedemikian dengan kaki yang lain.
Malaikat Zabaniyah boleh menyeksa 40,000 orang kafir serentak dengan
kekuatan dan kedahsyatannya.
Malaikat Malik ialah penjaga neraka kemudian malaikat di bawah tiap-tiap
pemimpin itu ada penjaganya yang mana bilangannya hanya Allah SWT sahaja
yang mengetahuinya.
Mata mereka laksana kilat yang menyambar, gigi mereka seperti putihnya
tanduk lembu, bibir mereka menyentuh telapak kaki, mulut mereka mengeluarkan
api. Antara dua bahu tiap-tiap malaikat jauh perjalanan satu tahun.
Allah SWT menciptakan mereka tanpa ada sedikit pun rasa kasih sayang, salah
satu malaikat terjun ke dalam lautan api selama 40 tahun, tetapi api tidak
membahayakan mereka, kerana sinar itu lebih kuat dari api yang panas.
Malaikat Malik berkata kepada malaikat Zabaniyah:
"Campakkan mereka itu ke dalam neraka!"
Apabila malaikat Zabahiyah mencampakkan orang-orang berbuat dosa ke dalam
neraka maka mereka semua berkata:
"Laa ilaaha illallaah."
Api tidak dapat membakar mereka, maka berkata malaikat Malik: "Wahai Api
mengapa kamu tidak mahu membakar mereka?”
Berkata Api: "Wahai Malik, bagaimana aku hendak membakar mereka sebab mereka
menyebut: "Laa illaha illallaah."
Kemudian berkata malaikat Malik: "Ya, begitulah Allah pemilik Arsy yang
agung telah memerintahkan."
Kemudian api pun membakar tubuh mereka sampai kedua telapak kakinya, ada
yang dibakar sampai kedua lututnya, ada yang dibakar sampai pusatnya, dan
ada juga yang dibakar sampai tengkuknya. Apabila api hendak membakar muka
mereka maka malaikat Malik berkata: "Wahai api janganlah kamu membakar muka
mereka sebab mereka itu pernah bersujud kepada Tuhan Yang Maha Rahman dan
janganlah kamu membakar hati mereka sebab mereka pernah haus dan dahaga dari
beratnya berpuasa dalam bulan Ramadan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan