CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 26 Oktober 2010

Menurut Imam Ghazali antara ubat yang mujarab

Menurut Imam Ghazali antara ubat yang mujarab
ialah:

a) Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana dia masih kecil dan belum dibebani dosa.

b) Jika bertemu orang yang lebih tua anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana beliau telah lama beribadat kepada Allah swt.

c) Kalau bertemu orang yang alim (berilmu) anggaplah beliau lebi mulia dari kita kerana banyak ilmu agamanya yang tidak kita ketahui.

d) Kalau bertemu orang yang jahil anggaplah  beliau lebih mulia dari kita kerana beliau melakukan dosa kerana kejahilannya sedangkan kita  melakukan dosa walaupun ada ilmu didada.

e) Kalau bertemu orang yang jahat anggaplah  beliau lebih mulia dari kita kerana beliau mungkin bertaubat kepada Allah swt apabila tua sedangkan kita belum tentu lagi.

f) Kalau bertemu orang yang kafir katakanlah didalam hati bahawa si kafir itu mungkin insaf dan memeluk Islam dan semua dosanya ketika kafir  dahulu diampuni oleh Allah swt, sedangkan kita yang sejak lahir sudah Islam tapi tidak terlepas  dari melakukan dosa.

"Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum
kerabatmu yang dekat. " ( As-Syu'Araa, 214)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan