Pesan Rasul
Zikir membawa kesyukuran
Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memegang tangannya sambil bersabda:
Wahai Muaz! Demi Allah aku sangat sayang kepadamu, demi Allah aku sangat sayang kepadamu. Kemudian baginda bersabda lagi: Aku berpesan kepadamu, wahai Muaz! Setelah selesai sembahyang, janganlah kamu lupa untuk membaca (yang bermaksud): Ya Allah! Bantulah aku untuk sentiasa menyebut nama-Mu dan bersyukur kepada-Mu serta memperbaiki ibadat kepada-Mu. (Hadis riwayat Abu Daud).
Kesimpulan hadis:
- Penjelasan tentang kelebihan Muaz bin Jabal r.a. dan sayangnya Rasulullah s.a.w. terhadapnya.
- Penjelasan tentang kelebihan zikir kepada Allah s.w.t. kerana zikir akan membawa kepada kesyukuran, dan kesyukuran akan membawa kepada pengabdian yang tulus ikhlas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan