CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 26 Oktober 2010

Peringatan buat sahabat

Peringatan buat sahabat

Saudariku.....Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasi
taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa
menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu 
namun...
tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang
kumbang
lantaran duri yang memagari dirinya
Umpama mawar dari kejauhan sudah terhidu akan
keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar
indah mengundang kekaguman terhadap sang
kumbang ...
tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan
sang kumbang berfikir beberapa kali untuk
mendekatinya...

Saudariku...Aku suka sekiranya kau seperti mawar
aspirasi setiap mujahidah.
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang
bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa
kepada Allah...
Hiasilah wajah mu dengan titisan
wudhuk ...ingatlah bahawa ciri-ciri seorang
wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada
lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika
dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...
umpama sebutir permata yang didedahkan buat
perhatian umum dengan permata yang diletakkan
dalam satu bekas yang tertutup
...sudah pastinya keinginan untuk melihat permata
yang tersembunyi itu melebihi daripada yang
terdedah,
wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq
dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah
harapan setiap insan yang bernama Adam...

Namun ... ianya memerlukan pengorbanan dan
mujahadah
yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu
serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih
lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya
darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...

Namun ingatlah saudariku...sesiapa yang inginkan
kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-
jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau
mesti punyai azam , usaha dan istiqomah...

Saudariku...akuilah hakikat dirimu menjadi
fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka
sudah tidak ada lagi perisai yang dapat
membentingimu
...Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang
bahaya dirimu
" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang
lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap
kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada
wanita"....

Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu
hendaklah
berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah jangan
biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu
untuk kepentingan tertentu...

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu
sebaris dengan kaum Adam...
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid
dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia
dengan sentuhan lembut tangan mu...

Saudariku... Dalam hidupmu pastinya ingin
disayangi dan menyayangi, itulah fitrah
semulajadi setiap insani namun ramai diantara
kamu yang tewas kerana cinta

... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta
itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup
menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi
sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan