CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 26 Oktober 2010

Benih - Benih Dalam Diri Manusia


Benih - Benih Dalam Diri Manusia

Kejadian manusia itu semuanya sama,Fitrah manusia itu ada dua unsur,
Ada benih baik, ada benih jahat,Benih baik itu rahmat,
Benih jahat itu ujian Tuhan,Benih baik itu hendak disuburkan,
Benih jahat itu hendak ditahan,Biasanya manusia mengabaikan benih baik,
Hingga hidup segan Menyuburkan benih jahat,
Hingga berkembang,

Sebab itu kebanyakan manusia,hidupnya jahat menyusahkan orang,
Benih jahat disuburkan, berbagai-bagai jalan,
Diantaranya,Kesusahan dan penderitaan,
Kekayaan dan kemiskinan,Kepentingan dan jawatan,
Kejahatan manusia yang berbagai-bagai ragam,
Suasana kehidupan di dalam masyarakat yang mencabar,
Semua itu menyuburkan benih kejahatan,
Untuk membendungnya atau mengubatnya
Benih yang baik itu disuburkan,
Hingga kebaikan itu berperanan di dalam kehidupan,
Faedahnya untuk insan,

Menyuburkan kebaikan itu melalui didikan,
Melalui ilmu pengetahuan, cinta Tuhan,
Hingga Tuhan ditakuti dan cintai oleh insan,
Mengutamakan Akhirat iaitu selepas mati,
Dan hidup berlama-lamaan, jadikan dunia sebagai jambatan,
Takutkan Tuhan, azab mati dan azab kubur,
Mahsyar, azab Neraka yang tidak terperikan,
Sedangkan hidup di dunia kesusahan pun sementara,
Kalau senang pun tidak berlama-lama,

Ada pemimpin yang menunjukan jalan,
Pemimpin itulah yang bertaqwa yang takutkan Tuhan,
Itulah caranya menyuburkan benih baik kepada manusia,
Kalau benih itu subur oleh didikan,
Benih kejahatan terbantut,
Dan ia mati beragan,
Tetapi majoriti manusia benih yang baik diabaikan tidak dididik,
Dan tidak ada pemimpin yang menunjuk jalan,
Tapi benih kejahatan disuburkan,
Samada secara langsung disuburkan,
Mahupun tak secara langsung oleh keadaan,
Sebab itu benih kejahatan yang berperanan di dalam kehidupan insan,
Akibatnya tergugatlah keselamatan dan keamanan,
Kesusahannya terjadi kepada manusia dan insan,
Itulah dia Neraka dunia,
Sebelum Neraka di Akhirat sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan