CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 26 Oktober 2010

Adat bagi orang Alim

Adat bagi orang Alim

1.    Menanggung suatu yang didatangkan oleh muridnya daripada pertanyaan dan pekerjaan yang  menyusahkan baginya.

2.    Jangan lekas marah.

3.    Duduk dengan kelakuan yang hebat serta menundukkan kepala.

4.    Meninggalkan takbur.

5.    Merendahkan diri.

6.    Jangan bermain-main dan bersenda-senda.

7.    Kasih sayang dengan segala muridnya.

8.    Perlahan-lahan atas pertanyaan orang yang bebal.

9.    Mengajarkan segala orang yang jahil dan jangan mengertak orang yang
          baru belajar.

10.    Jangan malu mengata tiada aku tahu jika tiada mengetahui tentang sesuatu
           masalah atau syak.

11.    Hendaklah sungguh-sungguh berhadap kepada orang yang bertanya.

12.    Menerima dalil daripada muridnya yang berkenaan dirinya,jangan
           menolak akan ia kerana malu, sebab mengikut yang benar itu wajib.

13.    Jangan malu daripada kembali pada masalah yang sudah tersalah.

14.    Menegahkan orang daripada belajar ilmu yang tiada memberi manafaat.

15.    Menegahkan orang daripada belajar yang berniat lain daripada Allah taala.

16.    Menegahkan orang yang mengajarkan fardu kifayah dahulu daripada
          selesai fardu ain.

17.    Beramal dia seperti ilmunya, supaya diikut oleh muridnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan