CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 26 Oktober 2010

40 PRINSIP BIMBINGAN HIDUP

40 PRINSIP BIMBINGAN HIDUP 

Kami telah merumuskan perintah-perintah Tuhan dalam Al-Quran kepada 40 prinsip serta menyusunnya mengikut tertib keutamaan yang ditunjukkan oleh Tuhan Sendiri supaya orang muslim dan mukmin dengan mudah boleh mengatur kehidupan mereka mengikut acuan ini dan mencapai kejayaan. Nombor-nombor dalam kurungan merujuk kepada ayat-ayat suci yang mengajar prinsip itu.
1.     Berimanlah kepada Tuhan, lakukan kebaikan, dan bertawakal kepada-Nya .
2.     Sembahlah Tuhan saja dan jangan sekutukan Dia dengan sesiapa atau sesuatu apapun.
3.     Hormati dan muliakan kedua-dua ibu-bapa.
4.     Serukan kebaikan dan larang kejahatan.
5.     Cintailah Tuhan lebih daripada segala-galanya dan berjuanglah di jalan-Nya, yakni di jalan keadilan dan kebenaran, dengan harta-benda dan jiwa-raga, dan jangan takut kepada manusia, tetapi takutlah kepada Tuhan
6.     Lakukan sembahyang dan ibadah-ibadah lain, tanpa bertengkar tentang kaedah, keluarkan zakat dan ingatlah Tuhan selalu.
7.     Bertindak adil, jangan lakukan kejahatan, dan hukumlah mengikut undang-undang Ilahi, yakni berdasarkan keadilan, kebenaran dan kerahiman.
8.     Taatilah pemimpin yang adil, hormati, muliakan dan sokong mereka, tetapi jangan dewakan mereka. Pemimimpin pula mestilah menjaga kebajikan pengikut serta menggalakkan mereka.
9.     Jadilah insan yang aktif, dinamik, kreatif dan berani.
10. Amalkanlah sikap merendah diri, jangan membesarkan diri atau sombong
11. Beri salam kepada semua orang, layani semua dengan baik dan jangan gunakan bahasa kesat.
12. Pegang teguh kepada prinsip, tetapi jangan taksub kepada kaedah.
13. Utamakan perhitungan moral, tetapi jangan abaikan kepentingan material yang sah.
14. Selamatkan nyawa dan jangan bunuh kecuali pada jalan keadilan.
15. Jangan bunuh kerana takutkan kemiskinan.
16. Jangan amalkan riba, tetapi amalkan sedekah.
17. Hendaklah berlaku jujur dan saksama dalam semua urusan kewangan dan ekonomi.  
18. Amalkan kaedah perundingan untuk menyelesaikan masalah.
19. Jangan terima maklumat yang tidak sahih.
20. Dengar semua pendapat dan ikut yang paling baik.
21. Bacalah untuk mengetahui, tetapi bacalah dengan kritikal.
22. Bersatulah dan jangan berpecah-belah.
23. Tunaikan janji.
24. Jangan lakukan rasuah.
25. Jangan makan harta anak-yatim.
26. Jangan boros dan bazir, tetapi jangan bakhil.
27. Bersedekahlah kepada sanak-saudara, fakir-miskin dan jalan kebaikan.)
28. Jangan ceroboh dan pertahankanlah diri kamu dari pencerobohan
29. Orang mukmin itu bersaudara dan perdamaikanlah saudara. Elak daripada syak-wasangka, intip-mengintip dan kata-mengata antara mukmin.
30. Tekunlah mengerjakan pekerjaan baik dan jangan takut menghadapi kesulitan dan kesusahan. Kejayaan hanya datang selepas kesusahan.
31. Gunakanlah akal dan contoh sejarah untuk memahami dan melaksanakan perintah-perintah Tuhan.
32. Bercakap benar. Jangan bohong, walaupun muslihat disahkan terhadap musuh.
33. Berkahwinlah sesama mukmin, jangan kahwini orang kafir, dan jangan berzina
34. Bekerjasamalah pada jalan kebaikan; jangan bekerjasama pada jalan kejahatan
35. Makan dan minumlah dengan sederhana
36. Elak arak dan judi.
37. Pakailah pakaian yang sopan.
38. Jadilah seorang pengampun dan pemaaf.  
39. Jangan persenda dan perolok-olok satu sama lain. 40. Jangan tanya tentang perkara-perkara kecil dan tidak berfaedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan