CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 26 Oktober 2010

24 PESANAN

24 PESANAN

24 Perkara Jangan Dilakukan

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang
menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan
kepada kita. Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang
seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri
sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh
ALLAH S.W.T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). 
Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh
kerana ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu
pagi itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.
Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan.
Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh
datang bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama
manusia kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan
silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S.W.T. dalam
setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila
gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
 memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.

17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang
teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S.W.T.

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih
utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat
tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah
makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk  ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S.W.T. tidak sempurnakan agama
seseorang itu jika memakai tangkaL. Ini adalah kerana dikhuatiri
kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.

24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab
semuanya untuk kebaikan dan SESUNGGUHNYA..ALLAH S.W.T itu lebih
mengetahui. ~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S.W.T. dan yang buruk
itu dari hambanya juga ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan