CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 26 Oktober 2010

adab solat

adab solat

Sembahyang juga adalah merupakan tiang agama. Meninggalkan sembahyang adalah satu dosa dan meruntuhkan tiang agama. Sabda Rasulullah s.a.w:"Barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya ia adalah kafir yang nyata." Sembahyang atau solat itu perlu dilaksanakan dengan khusyuk dan teratur, agar ianya diterima oleh Allah. Firman Allah: "Neraka Wail bagi mereka yang bersembahyang. Yang lalai di dalam sembahyangnya." (Al-Maun: 4 - 5) Selain dari itu solat juga adalah identiti seorang muslim yang dapat memisahkannya daripada orang kafir. Sabda Rasulullah s.a.w: "Perpisahan antara seorang lelaki dengan syirik dan kufur itu ialah sembahyang." (HR Muslim) .
"Permulaan seseorang hamba itu dihisab pada hari qiamat ialah sembahyang. Maka jika baik sembahyangnya, maka dikira baik seluruh amalnya. Jika buruk dan rosak sembahyangnya, dikira rosak seluruh amalannya."
Jesteru itu, di dalam melakukan solat, wajib kita khusyuk. Bagaimana untuk khusyuk ?. 

Untuk khusyuk di dalam solat, perlulah seseorang itu menjaga adab dan tatasusila di dalam solat. 

Di antaranya : 

1. Hendaklah bersikap merendah diri kepada Allah.
2. Sedarkan diri ketika hendak solat, iaitu dengan siapa kita sedang berhadapan.(Allah s.w.t)
3. Sentiasa melahirkan rasa takut kepada Allah (kerana dia sentiasa memerhatikan kita)
4. Hadirkan hati di dalam solat (faham segala ucapan dan mengetahui hikmah segala pergerakan)
5. Bersolat di dalam keadaan tenang
6. Tetap segala anggota, kepala, dua kaki dan tangan. (kerana anggota ini jika tidak dikawal mudah bergerak) Rasulullah s.a.w: "Perpisahan antara seorang lelaki dengan syirik dan kufur itu ialah sembahyang.
7. Meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan sempurna (seperti mayat yang hendak dikebumikan)
8. Memikirkan segala ucapan dan isi bacaan Al Quran
9. Bertakbir dengan penuh rasa kebesaran dan kehebatan Allah
10.Rukuk dengan merendahkan diri dan merasa hina diri seperti binatang ternak yang sama kedudukan punggung dengan kepalanya.
11.Sujud dengan perasaan yang khusyuk dan menghina diri kepada Allah kerana kedudukan punggung lebih tinggi daripada kepala.
12.Bertasbih dengan merasakan kehebatan Allah
13.Bertasyahud dengan memahami bacaan dan membuat pengakuan kepada Allah.
14.Memberi salam dengan perasaan memerlukan keselamatan dan kesejahteraan dari Allah Berpaling dari sembayang dengan rasa takut dan berusaha menuntut keredhaan Allah s.w.t Bersabda Rasulullah s.a.w: "Tiadalah seorang islam itu yang menghadapai kedatangan waktu solat lalu dia mengambil wudhu dengan sempurna dan bersembahyang dengan khusyuk dan baik rukuknya melainkan sembahyang itu akan menghapus dosa-dosanya sebelum ini selama dia tidak melakukan dosa besar. Yang demikian (penghapusan itu) adalah berlaku sepanjang tahun." (HR Muslim) 

Meninggalkan Solat 

Meninggalkan sembahyang lebih besar dosanya dari perkara2 yg lainang wanita datang berjumpa Nabi Musa as merayu kepadanya agar dapat memohon kepada Allah SWT mengampunkan kesalahan dan dosanya. Nabi Musa as bertanya apakah dosa itu.Wanita itu menjawab ia sudah bersuami dan telah berzina dengan orang lain apabila telah melahirkan anak ia membunuh anak itu.Mendengarkannya Nabi Musa berasa teramat marah lalu menghalau wanita tersebut.Dengan perasaan sedih, hampa dan kecewa terus pergi dari situ,tiba-tiba nabi Musa memanggilnya semula dan mengatakan bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosanya,bergembiralah ia.Nabi Musa as bertanya apakah dosa yang lebih besar dari itu, jawab Jibril as ialah dosa orang yang meninggalkan sembahyang.
(Disampaikan oleh Ustaz Hj.Omar B Abdullah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan