CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 26 Oktober 2010

8 Tip Luahkan Isi Hati


8 Tip Luahkan Isi Hati

Memiliki wajah yang cantik adalah idaman setiap wanita, sehingga ada yang sanggup berbuat apa saja untuk mencapai matlamat tersebut.  Cantik adalah soal yang sangat subjektif kerana cantik di mata kita, mungkin tidak di mata orang lain.  Dan begitulah seterusnya.

        Sesungguhnya tidak sempuran kejelitaan seseorang itu jika dia tidak pandai menjaga lidahnya.  Seperti bercakap perkara yang tidak perlu, mengumpat, berdusta, bercakap besar, bercakap dengan suara yang tidak terkawal, menceritakan amal ibadahnya atau tentang keburukan suaminya.

        Antara tanda orang yang beriman ialah mereka yang menjaga lidahnya.  Memang kita digalalakkan untuk meluahkan pendapat atau isi hati daripada terus memendamkannya.  Kerana selagi tidak luahkan, orang tidak tahu pendirian kita, tidak tahu yang mana benar dan mana salah.  Dalam soal ini, kita perlu berhemah dalam meluahkan kata-kata.  Apa lagi jika ia melibatkan orang lain.  Kita tidak mahu, hasrat kita tidak sampai sebaliknya ada orang lain yang terguris hatinya.

Cara Meluahkan Isi Hati:

1.      Beristighfar dan berselawat ke atas Nabi agar dijauhkan daripada hasutan syaitan.

2.     Terlebih dahulu hendaklah meminta maaf jika ia melibatkan orang lain.  Dan nyatakan, ini adalah luahan isi hati anda.

3.     Boleh juga disampaikan dalam cara yang bersahaja, seolah-olah ianya tidak serius.  Tetapi bagi orang yang tidak mudah menangkap maksud, hendaklah disampaikan dalam bahasa yang lembut dan berterus terang (tidak berkias).

4.     Elok juga jika ada orang lain sebagai saksi, sekurang-kurang tidak timbul cerita lain di belakang anda kelak.  Tetapi pastikan, orang itu orang yang betul-betul boleh dipercayai.  Bukannya si pembawa mulut.

5.     Persekitaran yang sesuai (bukan di khalayak ramai).

6.     Sentiasa mengawal emosi.

7.     Ingat, perkara itu hanya berakhir setakat itu, jangan pula anda hebah-hebahkan kepada orang lain.

8.     Tidak dinafikan selepas anda berterus terang, orang itu akan menjauhkan diri daripada anda.  Jangan biarkan perkara itu berlarutan kerana akan berlaku permusuhan pula.  Jadi andalah yang harus memainkan peranan kerana mungkin dia merasa malu dan rendah diri.  Apabila bertemu, hendaklah sentiasa menegur atau memberi salam.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.; Lima sifat yang tidak ada pada orang munafiq ialah:-

 Pengertian agama
 Berhati-hati dalam lidah
 Senyuman di muka
 Nur (terang) dalam hati
Cinta kepada kaum Muslimin

Bagi memelihara iman dan budi pekerti, kita dituntut agar berdiam diri daripada berkata tentang benda-benda yang tidak berfaedah.  Berdiam diri bukan bermakna kita sombong.  Kerana hidup bermasyarakat, menuntut seseorang itu agar bertegur sapa, tolong menolong dan berbuat baik dengan jiran tetangga.

   Kita dianugerahkan akal yang sempurna, yang tidak diberikan kepada makhluk-makhluk Allah lainnya.  Jadi gunakanlah akal itu untuk memikirkan atau memilih yang mana baik dan mana tidak.  Boleh bersuara jika kita rasakan ia perlu dan akan mendatangkan kebaikan.

   Jika sebaliknya, lebih baik kita berdiam diri atau cukup sekadar memberikan senyuman.  Sesungguhnya, diam itu keindahan bagi orang alim dan penutup bagi yang bodoh.

   Menurut seorang cendikiawan; ‘Diam mengandungi tujuh ribu kebaikan dan tersimpul dalam tujuh kalimat dalam tiap kalimat seribu iaitu;

 Diam itu ibadat tanpa susah payah
 Perhiasan tanpa berhias
 Kehebatan tanpa kerajaan
 Benteng tanpa pagar
 Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang
 Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
Menutupi segala aib

Oleh itu ‘siapa yang banyak bicaranya, banyak salahnya dan siapa yang banyak bertanya, banyak dosanya dan siapa busuk akhlaknya, menyiksa dirinya sendiri.’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan