CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 22 Mac 2011

Sebab Sebab Jahat Akhir Hayat

Sebab Sebab Jahat Akhir Hayat


 Sebahagian besar mereka yang menzahirkan Islam dan beramal dengan segala
 kewajipan yang diperintahkan tetapi akhir kehidupan mereka dalam keadaan
 jahat pengakhirannya(su' al-khatimah), kita berlindung dengan Allah
 daripada perkara ini. Perkara ini ada yang berlaku ketika masih hidup
 dan banyak juga yang berlaku ketika saat-saat terakhir sebelum datangnya
 kematian. Sodiq Hasan Khan telah menceritakan tentang perkara yang
 begitu menggerunkan hati kita yang sentiasa mengharapkan agar Allah
 mematikan kita dalam keadaan baik pengakhirannya(husnul khatimah) yang
 mana beliau telah menggariskan beberapa sebab yang menyebabkan seseorang
 itu penghujung hidupnya jahat(su' al-khatimah). Ini bertujuan agar kita
 semua mengambil perhatian yang lebih agar segala sebab ini dapat kita
 sama-sama hindarkan. Sebab-sebab itu adalah sebagaimana berikut :


1 - Rosak atau terpesong aqidah : Sekalipun dia seorang yang sentiasa
 beramal soleh dan zuhud(tidak mengejar kemewahan dunia), tetapi jika
 aqidahnya terpesong atau rosak sedangkan dia tetap meyakini bahawa
aqidahnya masih betul dan tidak pernah merasa telah tersesat maka dia
 akan dapat melihat kesesatannya ketika tibanya saat sakaratul maut
 (hampir mati)nanti. Dia dapat melihat perkara ini kerana aqidahnya telah
 terpesong daripada jalan Islam yang sebenar sedangkan dia tidak pernah
 merasai perkara ini semasa hayatnya. Keluarnya ruhnya nanti dalam
 keadaan jahat kematiannya kerana tidak sempat lagi untuk kembali kepada
 aqidah yang sebenar dan terpisahnya ruh tanpa iman. Firman Allah dalam
ayat 47 surah Az-Zumar yang bermaksud: .....Dan jelaslah bagi mereka
 azab Allah yang belum pernah mereka jangkakan.

 Firman Allah lagi dalam ayat 103 hingga 104 surah al-Kahfi yang
 bermaksud : Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahu kepadamu tentang
 mereka yang mana amalan mereka sia-sia?". Iaitu mereka yang telah
 sia-sia segala amalan mereka ketika hidup di dunia ini sedangkan mereka
 menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.

 Setiap aqidah yang terpesong daripada landasan Islam yang sebenar sama
 ada pada pandangan, pendapat, aqal, perbuatan ataupun mengambil sesuatu
 yang tidak berlandaskan syariat Allah, maka segala amalan soleh dan
 keadaan zuhudnya tidak dapat menjadi bentang kepadanya. Aqidah yang
sohih merupakan apa yang berteraskan kepada Al-Quran dan Hadis.


2 - Melakukan maksiat secara terang dan berterusan : Sekiranya dia
 sentiasa melakukan maksiat menyebabkan dia sentiasa mengambil mudah
 serta merasa serasi dengan segala maksiat yang dilakukan. Setiap perkara
 yang menjadi kebiasaan kepada seseorang itu akan kembali diingati
 ataupun terbayang disaat kematian. Sekiranya dia sentiasa beramal dengan
 amalah soleh maka ketika saat kematian dia akan mengingati segala
 kebaikan yang pernah dilakukan. Manakala jika dia sentiasa bergelumang
 dengan dosa maka ketika saat nafasnya akan dicabut oleh malaikat, dia
 akan kembali mengingati segala maksiat yang dilakukan.Kemungkinan besar
 ketika saat terakhir sebelum menghembuskan nafas yang terakhir sedangkan
 dia belum bertaubat daripada segala dosanya, hatinya akan terus terikat
 dengan maksiat sehingga menjadi penyekat antara dia dan Allah. Dan ia
 merupakan sebab kesukarannya ketika saat terakhir sebelum menghembuskan
 nafas terakhir sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
 Segala maksiat merupakan utusan kepada kekufuran.

 Orang yang mana memang pada permulaannya lagi tidak melakukan maksiat
 atau pun melakukannya kemudian diikuti dengan taubat tanda penyesalan
 maka dia dijauhkan daripada kegetiran ini. Manakala mereka yang sentiasa
 melakukan maksiat sehingga dosanya bertimbun banyaknya melebihi kebaikan
 dan ketaatan yang telah dilaksanakan dan dia tidak bertaubat kepada
 Allah atas segala dosanya disamping dia melakukan dosa secara berterusan
 serta terang-terangan maka dia akan menghadapai kegetiran ketika hampir
 dengan kematian nanti. Sebagaimana seorang yang tidur akan terbayang
 mengenai pekerjaan yang sentiasa dia lakukan, begitulah juga dengan
 mereka yang hendak mati ketika menghadapai sakaratul maut akan terbayang
 perkara yang mana dia sentiasa melakukannya sama ada baik atau jahat.
 Kita takut ketika menghadapi saat genting ini kita teringat segala
 maksiat yang sentiasa dilakukan dan ketika itu juga malaikat meragut
 nyawa kita yang menyebabkan kita termasuk dalam golongan yang buruk
 akhir penghidupannya. Pernah diceritakan bagaimana seorang yang suka
 minum arak, apabila hampir dengan kematian maka ada kawannya yang
 mengajarnya mengucap tetapi dia bukan sahaja tidak mampu menyucapnya
 malah dia meminta agar kawannya memberinya arak untuk diminum. Semoga
 Allah menjauhkan kita daripada perkara yang amat digeruni ini.


 3 - Berpaling daripada istiqamah atau tetap dalam Islam : Sekalipun dia
 seorang yang tetap pendirian dengan Islam pada mulanya kemudia berubah
 ketetapannya sebagaimana permulaannya maka ini akan membawa kepada jahat
 akhir hidupnya. Sebagaimana yang berlaku kepada iblis yang mana pada
 awalnya merupakan ketua kepada para malaikat dan guru kepada mereka dan
 ia juga merupakan makhluk yang begitu menitik beratkan masalah ibadat
 tetapi apabila disuruh oleh Allah agar sujud kepada nabi Adam, dia
 enggan dann bongkak maka ia menjadi kafir. Begitu juga yang berlaku
 kepada Bal'am ibnu Ba'ura yang mana merupakan seorang ulama' yang hebat
 pada masanya tetapi akhirnya menjadi hina kerana menurut hawa nafsunya.
 Begitu juga yang berlaku kepada seorang abid yang bernama Barsisa yang
 mana akhirnya menurut jejak langkah syaitan kerana terpengaruh dengan
 kata-kata syaitan. Tetapi apabila dia telah kufur maka syaitan
 mengatakan bahawa dia tidak bersangkut paut lagi dengannya dan dia juga
tidak bertanggungjawab jika Barsisa dimasukkan ke dalam neraka akibat
 kekufurannya.Kisah ini kita boleh baca dalam tafsir mengenai ayat 16 dan
 17 surah al-Hasyr yang bermaksud : (Pujukan mereka yang munafik itu
 adalah) seperti pujukan syaitan ketika mana dia berkata kepada manusia
 :"Kufurlah kamu!" maka tatkala manusia itu kufur maka dia
 berkata:"Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya
 aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam". Maka adalah kesudahan
keduanya adalah akan dimasukkan keduanya ke dalam neraka, mereka kekal
di dalamnya. Demikianlah balasan mereka yang zalim.


4 - Lemah keimanan : Sekiranya iman seseorang itu lemah maka akan
 lemahlah kasih sayangnya kepada Allah dan kan bertambahlah kecintaannya
 kepada dunia dalam hati sanubarinya.Apabila terlalu banyak perasaan
 cintanya kepada dunia menyebabkan tiada lagi tempat untuk merasai
 kecintaan kepadaAllah dalam hatinya. Ini menyebabkan dia tidak merasa
 salah apabila melakukan maksiat dan tidak terasa adanya kewajipan yang
 dipertanggungjawabkan ke atasnya. Dia akan merasai bebas daripada ikatan
 agama yang mana membawa kepada merasai bahawa agama ini mengikat
 kebebasannya.Apabila tiba saat kematian, akan bertambah kecintaannya
 kepada dunia yang akan berpisah dengannya. Dia rasa begitu sayu dan
 payah untuk meninggal dunia yang penuh penipuan ini. Maka ketika
 nafasnya berpisah daripada jasad ketika ini, maka dia termasuk golongan
 mereka yang jahat akhir hidupnya.

 Sodiq Hasan Khan juga tidak lupa untuk memberitahu kepada kita tentang
 apa yang telah dinukilkan oleh imam Al-Ghazali di dalam kitab "Ihya'
 Ulumuddin" yang mana beliau telah menggariskan bahawa martabat jahat
 akhir penghidupan ada dua martabat iaitu :

 1. Maratabat yang paling besar ialah apabila hati diperdayakan ketika
 saat sakaratul maut dan pada ketika itu juga timbulnya perasaan syak
atau menolak kebenaran Islam. Maka ruhnya yang dicabut ketika itu
 sedangkan ia dibentengkan antaranya dan Allah selama-lamanya. Ini akan
 membawa kepada jauh daripada Allah dan dia akan diazabkan di neraka.

 2. Martabat yang mana timbulnya perasaan cinta kepada dunia dan
 kelazatannya yang mana dia terus hanyut serta tadak ada lagi ruang untuk
 mencintai Allah. Ini merupakan perkara yang menggerunkan yang mana
 sesorang itu akan mati mengikut apa yang telah dikerjakan. Sekira
 keimanannya kuat sehingga seberat zarah maka dia akan dikeluarkan
 daripada neraka dalam masa terdekat tetapi jika keimanannya lebih ringan
 daripada itu maka dia akan diseksa lebih lama dalam neraka. Sesiapa yang
 beriman kepada Allah dan segala rukun iman yang lain tetapi bersalahan
 dengan apa yang digariskan oleh al-Quran dan Hadis maka dia menempah
 bahaya walaupun dia seorang yang soleh dan zuhud. Oleh itu, marilah kita
 sama-sama menghitung diri dan keimanan kita supaya tidak tergelincir
 daripada keimanan yang sebenar.

KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI      

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw.... keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan