CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 22 Mac 2011

MEMAGAR DIRI DAN RUMAH

MEMAGAR DIRI DAN RUMAH

"tunjangkanlah resah mu di dada solat, himpunkan perit mu di genggaman
doa,
tutupi kekecewaan mu dgn ketaqwaan dan nilaikan kesucian hati mu dgn
keikhlasan hati."

salam mesra ,

disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir
dan
pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. ilmu ini
tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan
kekusyukan.

waktunya..

waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar
diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

caranya.

1) duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2) niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana
allah taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,
buat berasingan).

3) pejam mata dan tarik nafas dan tahan. semasa menahan nafas itu baca
ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. dan
semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan
kita
ada satu tembuk yg amat keba! l. sesudah selesai membaca ayat kursi
hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4) ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula
bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk
tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. bermakna perlakuan ini
terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu
tembuk empat persegi yang sempurna.

5) untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk
yg afdalnya amalkan seminggu sekali. amalan ini hanya memerlukan lebih
kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang
masa demi untuk keselematan kita semua. jadikannya amalan dan yg
lainnya
berserah saja pada allah yang esa. untuk memagar rumah pula caranya
adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari
pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu
berada
dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya
pula. tetapi pe! rlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman
pencuri ada syaratnya pula. dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal
kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya
tidak jumpa jalan keluar. jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya
rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. cukup dengan
mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik
dan tunjukkan dia jalan keluar.

bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak
yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk
mereka.
ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah
menakjubkan(dengan keizinan allah).

memagar rumah dari pencuri

satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara
membaca
ayat kursi sekeliling dalam rumah. dimulakan dengan hujung pintu
hadapan
rumah mengikut arah jam. bahu sebelah kiri berada didinding rumah. baca
ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah ! kecuali
tandas. tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi.
jangan
cover seluruh pintu utama. petua ini adalah untuk memagar rumah dari
dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan
masuk lain kecuali pintu utama. so pintu utama sahaja kita perlu
perhatikan. kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang
masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan