CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 22 Mac 2011

Maksud Bacaan Di Dalam Solat

Maksud Bacaan Di Dalam Solat


Takbiratul-Ihram &  Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.  Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan  wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan  suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari  golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada  sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak  menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang  Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.  Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha  pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari  pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya  kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada  mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan  jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala  puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari  rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala  puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua  sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah  daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku  petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan  daku.

Bacaan ketika Tahiyat  Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk  Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah  serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas  hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada  Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas  Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat  Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk  Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah  serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas  hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada  Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas  Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau  selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.  Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya  sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji  lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang  telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana  orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku  sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.  Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau  tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang  menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan  sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina  orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia  orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala  macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.  Dan aku mint a ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan  Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera  keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan