CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 22 Mac 2011

Kerana Sehelai Bulu Mata

Kerana Sehelai Bulu Mata


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah
sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia
utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan
bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara
itu..."


"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah
menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri
dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun
menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku
dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah
saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg
memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara
itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun
mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan beran
i, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya
yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan
berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan
memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x
dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar
lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar
segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda
kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata
berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara
ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus
terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah
dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji
yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng
hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan
air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya
sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai
membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata
itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke
syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu
mata.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan