Untuk melakukan mandi wajib yg betul, seseorg itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi
membolehkan seseorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam MAlaysia
(JAKIM), Ustaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam
Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat islam yang tidak
mengetahui perkara ini.
"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi
salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota
badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan
oleh seseorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatnya jika tidak
melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di
rumahny di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg melakukannya mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorg itu
tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada tiga:-
1. Niat.
2. Menghilangkan najis di badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.
"Niat mandi wajib: "Sahaaj aku mengangkat hasar besar kerana Allah
Taala." Atau
" Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai
ke mana2 bahagian anggota badan.
"Bagi puan2 yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku
menggangkat hadas haid kerana Allah Taala."
Manakala bagi puan2 yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "
Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorg itu memulakannya selepas
telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya
tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia
mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia
berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu
mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yg ada
pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika
kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi
wajib. Ertinya membasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.
"Sementara rukun mandi wajib yg ke 3, iaitu meratakan air keseluruh
anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di
badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut seseorg itu
ditocang atau disanggul, sekirany tak sampai air ke dalamnya, tocang
atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula,
tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di
dlm hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
"Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh
menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,
kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula
boleh dilakukan ketika sedang mandi.
"Tentang rambut yang diwarnakan pula selain dari INAI, ini lah yang
merumitkan. Sebenarnya jika rambut seseorg itu diwarnakan dengan
pewarna selain dari INAI, mandi wajib seseorg itu TIDAK SAH!
"Oleh itu, seseorg yang mwarnakan rambutnya dgn pewarna selain dari
INAI, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada
rambutnya terlebih dahulu. Tapi untuk membuang pewarna itu pula
bagaimana?..ini lah yg rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu
sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
"Yang menyebabkanmandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada
rambutnya tidak sah adalah kerana pewarna yang menyalut rambutnya
menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dgn INAI. INAI sebenarnya
akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut
menyebabkan air terhalang ke rambut."
"Tapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya
pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna
itu tidak bernajis, bukan lah bermaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal
ini, sukalah saya menyatakan bahawa SEMBAHYANG DAN MANDI WAJIB ITU
BERBEZA. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yang berbeza.
"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun
mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan
perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan
perhatian yg serius oleh umat islam.
Ustaz Haji Mat Jais menegaskan 6 sebab kenapa seseorg itu wajib mandi
wajib.
3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu:-
1. Kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani
2. Keluar air mani
3. Mati.
3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu:-
1. Keluar darah haid
2. Nifas
3. Melahirkan anak (wiladah).
"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak
sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula, mereka tidak
semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika
ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu
malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum
tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah
makruh."
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorg itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi
membolehkan seseorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yang
zahir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan