KHASIAT DARI SURAH-SURAH AL-QURAN
SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. InsyaAllah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah swt. Bacalah 40 kali surah ini selepas solat Maghrib dab sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah swt, InsyaAllah hajatnya akan termakbul.
SURAH AN-NAS DAN SURAH AL-FALAQ
Jika terkena sihir atau perbuatan orang, bacalah 41 kali setiap hari selama 3, 5, atau 7 hari secara berturut-turut. InsyaAllah akan sembuh.
SURAH AL-IKHLAS
Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas semasa dalam kesakitan yang membawa kepada kematiannya maka ia tidak akan terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan dibawa oleh malaikat dengan tapak tangannya sehingga melepasi sirat menuju ke syurga. [Riwayat Al-Tabrani]
SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun makan bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan. [Riwayat At-Tirmizi]
SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamal membaca surah ini 1000 kali, maka Allah swt akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkatnya. Dan sesiapa yang membaca 1000 kali selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insyaAllah dapat melihat Rasulullah saw dalam tidurnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan