19 keistimewaan wanita mengikut hadis...
1. Doa wanita itu lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal tersebut, jawab baginda , "
Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 1000 lelaki yang
soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan
anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah .Dan orang yang
takutkan Allah SWT akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah
(barang makanan dari pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya)
maka pahalanya seperti melakukan
amalan bersedekah.Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak
kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa
takwa serta sikap bertanggungjawab,
maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu
dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a."
Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya lalu
dia berbuat baik kepada mereka, maka
mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutuplah
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-
pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pun pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada
suaminya, maka semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia
taat kepada suaminya serta menjaga
solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku
bertanya kepada Rasulullah, siapakah
yang lebih besar haknya terhadap
wanita?" Jawab Rasulullah
SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak
terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah
SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang
lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada
suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka
Allah SWT memasukkan dia ke dalam
syurga terlebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah SWT mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan
mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah SWT mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu
tidak tidur dan memelihara anaknya
yang sakit, maka Allah SWT memberinya
pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan