Kenapa cincin perkahwinan/tunang dipakai dijari manis ...
Cincin perkahwinan /pertunangan dipakai dijari keempat (jari manis)
Jika hendak tau jawapannya, cuba ikut buat seperti dibawah. Sesungguhnya alam semesta ciptaan tuhan memang banyak rahsianya
Rapatkan kedua-dua tapak tangan ... pastu bengkokkan dan rapatkan jari ketiga (jari tengah) ... serta cantumkan hujung jari-jari yang lain seperti dalam gambar di atas.
Mari kita mula permainan ini ...
1. Cuba buka dan renggangkan ibu jari. Jari ini mewakili kedua ibubapa kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati. Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.
2. Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari Telunjuk = betul ke nama tu??). Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita.
3. Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (nama???). Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.
4. Rapatkan semula jari kelima tu. Sekarang cuba buka jari manis yang kita sarongkan cincin perkahwinan kita tu. Korang mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tak mau bergerak dan tak boleh dibuka langsung. Aneh kan!!! ... kerana jari manis lah lambang hubungan suami isteri ... bila dah kawen dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat.
Pelek tapi benar dan itu lah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang ... terus bersama hingga ke akhir hayat.
Ibu Jari = Ibu Bapa
Jari ke-2 = Adik beradik
Jari ke-3 = Diri kita
Jari ke-4 = Pasangan hidup kita
Jari ke-5 = Anak-anak kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan