Peliharalah Dua Kalimah Syahadah Anda
Syahadah atau penyaksian Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah adalah 2 kalimah cukup penting dan asas dalam kehidupan seseorang Islam. Ia menjadi landasan penerimaan amal atau penolakannya. Ia juga menjadi asas- kekal atau tidak seseorang dalam neraka. Jika kalimah syahadahnya ada, lambat-laun ia akan keluar dari Neraka jika memasukinya terlebih dahulu.
Jika tiada kalimah syahadah, ia kekal selama-lamanya dalam Neraka. Justru, 2 kalimah syahadah ini cukup penting untuk dipelihara supaya selamat dunia Akhirat. Tidak mungkin ia dijual-beli dengan harga yang murah seperti kebendaan, wang, pangkat, jawatan atau kedudukan sementara di dunia.
Ulama membincangkan bagaimana 2 kalimah syahadah ini boleh gugur dan terbatal. Tujuannya supaya umat Islam memeliharanya, lantas terpelihara dirinya dari azab dan sengsara. Ia berlaku melalui 3 aspek: Iktikad (kepercayaan), perbuatan dan perkataan. Di antaranya:
Iktikad
1. Syak terhadap kewujudan Allah
2. Syak terhadap kerasulan Muhammad saw atau 25 rasul
3. Syak terhadap berlakunya hari Kiamat, Syurga, Neraka, kebangkitan selepas mati, pahala, balasan siksa, Mahsyar, Hisab dan lain-lain.
4. Tidak percaya atau syak terhadap satu daripada sifat-sifat wajib Allah yang telah disepakati ulama, atau percayakan sifat wajib Allah seperti ‘ilmu’ tetapi tidak mempercayai ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu walaupun sekecil-kecilnya.
5. Menghalalkan sesuatu yang diharamkan dengan ijmak seperti zina, membunuh jiwa yang diharamkan bunuh, mencuri, merampas, liwat, minum arak dan lain-lain atau sebaliknya iaitu mengharamkan sesuatu yang halal (dengan ijmak) seperti jual beli, pernikahan, makan-minum dan lain-lain.
6. Menafikan sesuatu yang wajib dengan ijmak ulama seperti solat fardhu 5 waktu atau menafikan satu sujud dalam solat fardhu, zakat, puasa di bulan Ramadhan, fardhu haji, wudhuk.
7. Mewajibkan sesuatu yang tidak wajib (dengan ijmak ulama) seperti mengiktikadkan wajibnya solat 6 fardhu.
8. Menafikan perkara sunat (dengan ijmak ulama) seperti sunat rawatib dan sunat 2 hari raya.
9. Bercita-cita untuk kufur pada masa akan datang
10. Syak terhadap imannya sama ada ia beriman atau tidak
11. Syak sama ada mahu kufur atau tidak (terus kufur ketika itu) melainkan was-was kerana ia dari syaitan.
12. Engkarkan Abu Bakar sebagai sahabat Nabi kerana ia thabit dengan nas Quran.
13. Menafikan kerasulan seorang rasul atau kenabian seorang nabi yang disepakati ulama seperti Nabi Isa. (Tidak kufur mereka yang engkarkan Khidhir kerana tidak disepakati ulama)
14. Engkarkan satu huruf yang disepakati dari Quran atau melebihkan satu huruf darinya (Tidak kufur mereka yang engkarkan Basmalah satu ayat dari Fatihah kerana ulama tidak ijmak terhadap perkara tersebut)
15. Mendustakan seorang pesuruh Allah seperti tidak percayakan kerasulannya, menghina perkataannya, mengurangkan pangkat dan kedudukannya, melecehkan namanya dan bentuk-bentuk penghinaan kepada rasul.
16. Membenarkan adanya nabi/rasul selepas Nabi Muhammad saw.
17. Mengiktikadkan keadaan warna kulit Nabi Muhammad itu hitam atau bukan Quraisy.
18. Meringankan janji Allah dengan balasan pahala atau dosa.
Perbuatan
1. Sujud kepada berhala, patung, tugu, matahari atau makhluk lain.
2. Mencampakkan mushaf (al-Quran) ke tempat yang hina seperti tempat najis, tandas, tong sampah, atau dikesat hingus, air liur atau lain-lain dengan maksud mempersenda, menghina atau meringan-ringankan al-Quran. Demikian juga kitab-kitab hadis dan ilmu syariah denagn maksud menghinanya.
3. Pergi ke rumah ibadat agama lain dengan memakai pakaian keagamaan mereka. Tidak kufur jika pergi ke rumah ibadat agama lain tanpa memakai pakaian keagamaan mereka; atau memakai pakaian keagamaan tanpa pergi ke rumah ibadat mereka, dengan syarat perbuatan ini dibuat tanpa redha kepada agama mereka, cenderung kepadanya atau bermudah-mudah dengan agama Islam. Jika perbuatan tersebut dibuat disertai dengan redha kepada agama mereka, maka kufur ketika itu juga.
Perkataan
1. Menyebut kepada orang Islam: “Hei si kafir!” dengan maksud kufur agama. Jika disebut demikian dengan maksud kufur nikmat atau lainnya, tidak menjadi kafir, cuma haram sahaja. Tetapi jika ia mengiktikadkan halalnya ucapan tersebut, ia menjadi kafir.
2. Menyebut kepada orang Islam: “Hei Yahudi!”
3. Menyebut kepada orang Islam: “Hei orang yang tiada agama!”, tetapi ucapan ini perlukan penjelasan. Jika ia iktikadkan ucapannya itu dengan maksud si fulan itu bukan beragama Islam, maka kufur. Jika dimaksudkan dengan ucapan itu ‘tidak ada agama ketika berurusan dengan orang’ (atau kurang akhlaknya ketika berurusan dengan orang lain), tidak kufur, cuma dihukum secara takzir. Jika ia iktikadkan halalnya ucapan itu, kufur ia. Jika ia iktikadkan haramnya ucapan itu, tidak kufur.
4. Mempermainkan satu nama Allah, atau janji Allah memberi pahala, syurga, neraka sambil meringankannya.
5. Menyebut: “Kalau Allah menyuruh melakukan sekian sekian, saya tidak akan melakukannya” sambil meringankan suruhan Allah tersebut, atau secara degil engkar.
6. Menyebut: “Kalau Allah beri syurga, aku takkan masuk ke dalamnya” sambil meringankannya atau mengengkarinya.
7. Menyebut: “Aku tidak akan melakukan perbuatan tersebut walaupun sunat”. Contohnya seseorang menyuruhnya mengerat kukunya. Ia berkata: “Aku takkan kerat kuku jika sunat sekalipun.” sambil mempersenda dan menghina perbuatan tersebut
8. Menyebut: “Jika si anu itu Nabi, aku tidak percaya” kerana ucapan ini mengurangkan martabat kenabian kerana ia hendak mendustakannya sekiranya seseorang itu benar Nabi. Jika ia menyebut: “Jika si anu itu Nabi, aku percayakannya.”, ucapan ini tidak menjadikannya kufur.
9. Menyebut: “Hukum apa ini!” “Syariat / agama apa ini!” apabila diberi fatwa oleh alim ulama, sambil meringan-ringankannya.
10. Menyebut: “Aku berlepas diri dari Allah, atau Nabi, atau Islam”
11. Membacakan ayat-ayat Quran secara menyindir atau mempersendakannya.
12. Memaki Nabi, Malaikat
13. Menyebut: “Berapa kali dah aku sembahyang tapi tak pernah bernasib baik” “Solat apa ini!” sambil mempersendakannya.
Kesemua ucapan di atas atau bentuk perkataan lain yang mempersoalkan sesuatu dalam Islam ini membawa kepada kufur dan murtad dengan syarat mempersenda, menghina dan melekehkannya dan disertai dengan iktikad dan kepercayaannya terhadap ucapan tersebut.
Assalamualaikum
untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group
jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca
harap maklum
ikhlas
sweetmiko
untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group
jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca
harap maklum
ikhlas
sweetmiko
Rabu, 28 Mac 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan