CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 27 Mac 2012

AUDIT SOLAT

AUDIT SOLAT

Iman memerlukan pembuktian. Solat fardu merupakan satu
di antara pembuktian
iman yang terpenting. Yang mengabaikannya, telah
meruntuhkan agamanya.

"Seorang lelaki telah mendatangi Rasul dan bertanya:
'Ya Rasulallah, apakah
amal yang paling disukai Allah?' Jawab Nabi:
'Sembahyang tepat pada waktunya.
Barangsiapa yang meninggalkan solat, tidak ada agama
baginya.
Sembahyang adalah tiang agama."
(Baihaqi)

Pemeliharaan Allah amat penting di dalam hidup
seseorang. Meninggalkan
sembahyang fardu bermakna telah memutuskan diri dari pemeliharaan itu.

"Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dengan
sengaja, dia telah terputus
dari pemeliharaan Allah."
(Ibn Majah & Baihaqi)

Firaun dan Qarun merupakan manusia yang terkutuk. Jika sembahyang diabaikan, dikhuatiri, seseorang akan bersama-sama dengan manusia yang terkutuk itu.

"Barangsiapa memelihara solat (yang fardu), maka
baginya cahaya, bukti dan
kemenangan di hari kiamat. Barangsiapa yang tidak memeliharanya, tidak ada baginya cahaya, bukti dan kemenangan di hari kiamat. Malah pada hari kiamat, dia akan bersama-sama dengan Firaun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf." (Ahmad, Ibn Hibban & Thabrani)

Melewat-lewatkan solat sehingga masuk ke dalam waktu
yang lain (qadhaan) juga
adalah suatu yang dicela oleh agama.

"Kemudian akan datang selepas mereka satu golongan
yang akan melalaikan
sembahyang dan mengikut syahwat, dan mereka akan
bertemu dengan kesesatan."
(Maryam: 59)

Berhubung dengan ayat ini Abdullah ibn 'Abbas telah
berkata:
"Golongan ini bukannya tidak bersembahyang sama
sekali,
tetapi melambatkan sembahyang sehingga keluar dari
waktunya."
(Al-Kabair - Imam Az-Zahabi)

Imam Said ibn Musayyib pula telah berkata:
"Mereka tidak bersembahyang zohor sehingga datang
waktu asar, tidak
bersembahyang asar sehingga maghrib dan begitulah
seterusnya. Mereka yang
berterusan seperti ini tanpa bertaubat, akan
dimasukkan ke dalam sebuah lembah
khas di neraka."

Meninggalkan sembahyang akan membawa kepada kekufuran.

"Batas di antara seseorang dengan kekafiran adalah
meninggalkan sembahyang."
(Hadis Muslim)

Dan juga

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang, telah kafir
ia."
(Hadis Ahmad)

Meninggalkan sembahyang kerana malas, akan menyebabkan

kekufuran, tetapi tidak sampai terkeluar daripada
Islam.
Sebaliknya, meninggalkan sembahyang kerana ingkar atau mempersendakan perintah Allah, akan menyebabkan seseorang itu terkeluar dari agama (murtad). Itulah pendapat jumhur (majoriti) ulama. (Fiqhul Awlawiyat - Dr. Yusuf Qardawi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan