CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 27 Mac 2012

AUDIT LIDAH

AUDIT LIDAH

Pada hidup ini ada penyakit dan penawarnya.
Rugilah mereka yang mencari penyakit, melupakan
penawar.
Adakalanya manusia mencari penyakit kerana merasakan
ianya adalah penawar, dan menjauhi penawar kerana
merasakan ianya adalah penyakit. Mereka tertipu oleh
bisikan syaitan.

"Dan mengapakah mereka tidak bermohon kepada Allah
dengan merendahkan diri,
ketika datang siksaan Kami kepada mereka? Bahkan hati
mereka telah keras dan
syaitan pun mencantikkan
amalan-amalan mereka (yang salah itu)."
(Al-An'am: 43)

Salah satu saluran yang digunakan oleh syaitan untuk memperdayakan manusia ialah lidah.

"Kebanyakan dosa anak Adam adalah dari lidahnya."
(Hadis Thabrani dan Baihaqi dengan sanad baik)

Sahabat-sahabat Nabi amat kuat berjihad untuk
menegakkan Islam. Mereka juga
kuat berjihad untuk mengawal diri sendiri, terutamanya
lidah.

Telah berkata Omar Al-Khattab:
"Selalulah kamu berzikir kepada Allah, kerana ia
adalah penawar. Jauhilah dari
menyebut-nyebut tentang kecacatan manusia,
kerana itu adalah penyakit."

Berkata Ibn 'Abbas
"Apabila kamu hendak menyebutkan tentang kecacatan
orang lain,
sebutlah tentang kecacatan dirimu."

Manusia hari ini banyak bercakap tentang sistem odit. Rupa-rupanya mengodit keluar masuk harta benda kadang-kala lebih mudah dari mengaudit keluar masuk lidah sendiri.

Muhammad bin Wasi' pernah menasihati Malik bin Dinar:
"Wahai Aba Yahya, menjaga lidah itu lebih sukar bagi
manusia dari
menjaga dinar dan dirham."

Mampu mengawal lidah melambangkan kekuatan iman.
Melambangkan kegagahan diri.

"Apabila kamu melihat seseorang mukmin itu pendiam
(melainkan pada perkara yang
perlu) dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah
dia. Kerana ia akan
mengajar mu tentang ilmu-hikmah."
(Hadis Ibn Majah)

Muga-muga puasa kita merupakan latihan untuk mencapai
kegagahan ini.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan