AUDIT DOSA-DOSA
Satu daripada manifestasi iman yang penting ialah
menjauhi dosa-dosa. Ia
lambang kekukuhan iman.
"Tidak berzina seorang penzina jika dia beriman. Tidak
mencuri seorang pencuri
jika dia beriman. Namun pintu taubat terbuka luas."
(Tarmizi)
Dalam beribadah, meninggalkan dosa (manhiyyat) adalah
amal yang paling utama.
"Jauhilah perbuatan haram niscaya kamu menjadi
orang yang paling kuat beribadah."
(Hadis - Abu Ya'la)
Inilah perkara yang amat ditekankan oleh ulama-ulama.
Aisyah telah berkata:
"Sesungguhnya kamu melupakan ibadah yang paling utama,
yaitu wara' (yakni: menjauhi yang haram)."
Abdullah ibn Omar pula memperingatkan:
"Jika kamu mengerjakan solat seperti busur yang
melengkung dan berpuasa
sehingga kamu menjadi seperti anak panah kerana
kekurusan, tidaklah itu
diterima daripada kamu, melainkan
dengan wara' (menjauhi haram) yang mendinding."
Imam Hasan al-Basri pula telah berkata:
"Ibadah yang paling utama dilakukan oleh seseorang
ialah meninggalkan
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah."
Biasanya, suruhan agama lebih mudah dilakukan daripada meninggalkan larangannya.
Imam Ahmad ibn Hanbal berkata:
"Sesungguhnya larangan itu adalah lebih berat
daripada perintah suruhan."
Justeru itu kita mudah bertemu dengan orang yang
berpuasa tetapi masih
bermaksiat. Mampu mengeluarkan sedekah dalam
perjalanan ke kasino untuk
memuaskan nafsu. Bersembahyang tetapi rajin mengumpat.
Sentiasa memegang tasbih
untuk berzikir tetapi mengabaikan pembayaran hutang
kepada orang lain.
Orang yang mantap kefahamannya tentang agama
mengetahui bahawa meninggalkan
kemungkaran dan dosa, walaupun nampaknya kecil,
teramat penting dalam usaha
mendekatkan diri kepada Allah.
Abdullah ibn Omar berkata:
"Sesungguhnya memulangkan kembali perkara kecil
(sedikit) yang haram adalah
lebih baik daripada membelanjakan
seratus ribu dinar pada jalan Allah."
Imam Abdullah bin Mubarak pula telah berkata:
"Sesungguhnya menolak sebutir dirham yang syubhat
lebih aku sukai daripada
bersedekah seratus ribu sehingga sembilan ratus ribu
dirham."
Berzikrullah adalah baik. Tetapi jika sekadar dengan
lidah, ianya belum
mencukupi.
Maimun ibn Mahran telah berkata:
"Berzikrullah dengan lisan adalah baik, tetapi yang
lebih baik ialah mengingati
Allah dengan menghindari perbuatan maksiat."
Rezeki yang diperolehi dari perbuatan dan pekerjaan
yang haram, walaupun
digunakan unutk ketaatan, tidak akan membantu kita ke
arah taqarrub kepada
Allah.
Berkata Imam Sufyan at-Thauri:
"Barangsiapa membelanjakan wang haram pada mentaati
Allah, perbuatannya adalah
seperti seseorang yang cuba membersihkan kain yang
bernajis dengan menggunakan
air kencing."
Walau bagaimanapun, manusia tidak maksum. Insan ada kelemahannya. Kelemahan ini bukannya alasan untuk berterusan melakukan dosa, sebaliknya untuk lebih berhati-hati dan berjaga-jaga. Pintu taubah sentiasa terbuka. Hadis ada menceritakan tentang seorang dari Bani Israil yang telah membunuh 100 orang, kemudian insaf dan bertaubat. Allah terima taubatnya.
Assalamualaikum
untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group
jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca
harap maklum
ikhlas
sweetmiko
untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group
jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca
harap maklum
ikhlas
sweetmiko
Selasa, 27 Mac 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan