PAHALA: 10,700,?
Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah saw Baginda bersabda maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku (Allah) memberikan balasan pahala kepadanya, kerana dia (orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith Qudsi Riwayat Muslim)
Pengajaran daripada maksud hadith:
1. Allah swt yang maha kaya mampu menganugerahkan ganjaran yang maha hebat kepada sesiapa yang dikehendaki sesuai dengan kehebatan dan keagunganNya.
2. Kita patut berasa amat bangga kerana Allah swt sendiri memantau terus ‘ibadah yang kita lakukan untukNya dan di masa yang sama menjadikan kita bersungguh-sungguh dengan setiap ‘amalan yang kita kerjakan.
3. Mereka yang tidak menyahut atau mempedulikan tawaran daripada Allah swt ini boleh dianggap sebagai seorang yang sombong kepada Allah swt.
4. Orang yang berpuasa dengan mengharapkan segala janji dan ganjaran dari Allah swt tetapi tidak melakukan solat seumpama seseorang yang membina sebuah rumah tanpa mendirikan tiang.
5. Apakah yang lebih manis dan lebih indah daripada melakukan sesuatu yang pastinya akan menyebabkan dan mendatangkan kasih sayang kekasih kita iaitu Allah swt ?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan