MENGENAL AKHIRAT
NERAKA KERUHANIAN
dan firman Allah Taala lagi;
"Neraka Jahanam meliputi orang-orang Kafir" (Al-Taubah:49)
Dia(Allah) tidak berkata; "Akan meliputi mereka". kerana liputan itu telah pun ada sekarang juga.
Mungkin ada orang yang membantah; "Jika demikian keadaannya, siapakah yang akan dapat melepaskan diri dari neraka, kerana sedikit sebanyak manusia itu pasti ada neraka kepada dunia?
jawapan
Ada juga orang, khususnya Faqir. Mereka ini melaksanakan kaitan cintanya kepada dunia. Walaupun begitu, ada juga orang yang beristeri, beranak, berumah-tangga dan lain-lain lagi; walaupun mereka ada kaitan dengan semua itu, namun Cinta mereka tehadap Allah tidak ada tandingan dan mereka lebih Cinta kepada Allah melebihi dari yang lain.
Mereka ini adalah seperti orang yang ada berumah-tangga di sebuah bandar yang dicintainya. Tetapi apabila Raja atau Pemerintah memberinya jawatan untuk bertugas di bandar yang lain, dia rela berpindah ke bandar itu kerana jawatan itu lebih dicintai dari rumah-tangganya di bandar itu. Ramai Ambiya' dan Aulia yang sedemikian ini.
Sebilangan besar pula manusia yang ada sedikit Cinta kepada Allah, tetapi sangat cinta kepada dunia. Maka dengan itu mereka terpaksalah menerima azab di akhirat sebelum mereka dibersihkan dari karat-karat cinta kepada dunia itu. Ramai orang yang mengaku Cinta kepada Allah, tetapi seseorang itu boleh menilainya dan menguji dirinya dengan memerhatikan kemanakah cenderung lebih berat kalau perintah Allah bertelagah dengan kehendak nafsunya? Orang yang mengatakan Cinta kepada Allah tetapi tidak dapat menahan dirinya dari menderhaka dan tidak patuh kepada Allah, maka orang itu sebenarnya bercakap bohong.
Kita telah perhatikan di atas bahawa satu jenis Neraka Keruhanian ialah berpisah secara paksa dari keduniaan dengan keadaan itu sangat terkait dan terikat dengan keduniaan itu. Banyak pula orang yang membawa dalam diri mereka, kuman-kuman neraka seperti ini tanpa mereka sedari. Di akhirat kelak, mereka akan rasai diri mereka seperti Raja yang diturunkan dari takhta kerajaan dan dijadikan alat gelak ketawa orang ramai, pada hal sebelum ini mereka hidup dengan mewah dan senang lenang.
Jenis Neraka Keruhanian yang kedua ialah Malu; iaitu apabila manusia itu tersedar dan melihat keadaan perbuatan yang dilakukan dalam keadaan hakiki yang sebenarnya tanpa selindung lagi. Orang yang membuat fitnah akan melihat dirinya dalam bentuk orang yang memakan daging saudaranya sendiri; dan orang yang Hasad dengki seperti yang melempar batu kepada tembok dan batu itu melantun ke belakang lalu mengenai mata anaknya sendiri.
Jenis neraka seperti ini, iaitu Malu, bolehlah dilambangkan dengan ibarat berikut. Katakanlah seorang Raja merayai perkahwainan anak lelakinya. Di waktu petang, orang muda itu pergi bersama sahabatnya berjalan-jalan dan tidak lama kemudian kembali ke Istana(sebagimana yang disangkanya dalam keadaan mabuk). Dia masuk ke sebuah Dewan di mana dian(lilin) sedang menyala. Ia baring. Disangkanya ia baring dekat isterinya. Besoknya, apabila ia sedar semula, terperanjatlah ia apabila dilihatnya dirinya berada dalam Rumah Mayat orang-orang Majusi. Tempat baringannya itu ialah usungan mayat itu dan bentuk orang yang disangkakan isterinya itu ialah sebnarnya mayat seorang perempuan tua yang mula hendak busuk dan reput. Ia pun keluar dari Rumah Mayat itu dengan pakaian ang kotor dan rupa yang comot. Alangkah malunya ia berjumpa dengan bapanya, Raja itu bersama dengan pengiring-pengiringnya. Demikianlah gambaran Malu yang dirasi di akhirat kelak oleh mereka yang di dunia ini Tamak Haloba dan menumpukan seluruh jiwa raga kepada apa yang mereka sangka sebagai keseronokan dan kenikmatan.
Nereka Keruhanian Yang Ketiga ialah sesal dan putus asa dan gagal mencapai tujuan hidup yang sebenarnya. Manusia dijadikan untuk Mencerminkan Cahaya Makrifat Allah. Tetapi jika ia kembali ke akhirat dengan jiwanya penuh mabuk dan karat hawa nafsu, maka gagal lah ia mencapai matlamat atau tujuan hidupnya di dunia ini. Sesalan atau putus asanya boleh digambarkan demikian.
Katalah seseorang melintasi hutan yang gelap bersama kawan-kawannya. Di sana sini terlihat kilauan cahaya batu yang berwarna-warni. Kawannya memungut batu itu dan menasihatnya supaya berbuat demikian juga. Kawannya berkata, "Batu ini sangat mahal harganya di tempat yang kita akan pergi sana". Tetapi beliau mentertawakan mereka dan mengatakan mereka bodoh kerana mengharapkan keuntungan yang sia-sia yang belum tentu lagi. Dia pun terus berjalan. Akhirnya mereka pun keluarlah dari hutan yang gelap itu setelah berjalan beberapa lama. Mereka dapati batu itu sebenarnya batu Delima, Intan Berlian dan sangat bernilai dan berharga. Alangkah sesal dan putus asanya ia kerana tidak mahu mengutip batu-batu itu dahulu. Begitulah ibaratnya orang yang sesal di kahirat kelak kerana semasa mereka hidup di dunia ini mereka lalai dan tidak berusaha untuk mendapatkan intan permata kebajikan dan perbendaharaan agama.
Perjalanan Insan melalui dunia ini bolehlah di-bahagi-bahagikan kepada empat peringkat;
• Peringkat Nafsu;
• Peringkat Percubaan;
• Peringkat Naluri dan
• Peringkat Berakal.
Dalam Peringkat Pertama, manusia itu adalah ibarat kelkatu. Meskipun ia ada penglihatan, tetapi tidak ada ingatan. Ia terus membakar dirinya berkali-kali ke dalam api lampu yang sama itu juga.
Dalam Peringkat Kedua, ia adalah ibarat anjing , apabila dipukul sekali akan lari apabila melihat kayu selepas itu.
Dalam Peringkat Ketiga, manusia itu ibarat kuda atau biri-biri. Kedua-duanya akan lari secara naluri, apabila melihat singa atau serigala; kerana haiwan itu adalah musuhnya semula jadi. Tetapi meeka tidak lari apabila melihat unta atau lembu, meskipun binatang-binatang itu lebih besar dari badannya.
Dalam Peringkat Keempat, manusia itu melampaui perbatasan binatang dan boleh sedikit sebanyak melihat ke hari muka dan bersedia untuk hari yang akan datang.
Pergerakannya mula-mula bolehlah diumpamakan seperti berjalan di atas tanah, kemudian mengembara atas lautan dalam kapal, kemudian ia mengenal hakikat-hakikat hingga dapat berjalan di atas air lait. Di atas peringkat itu ada satu taraf lagi yang diketahui oleh Ambiya dan Aulia Allah; kemajuan mereka diibaratkan sebagai burung terbang.
Oleh yang demikian, manusia dapat wujud dalam beberapa peringkat dari binatang hingga ke Malaikat. Di sini juga terletak bahayanya, iaitu mungkin terjatuh ke taraf yang paling bawah dan rendah. Dalam Al-Qur'an ada termaktub,
"Kami jadikan beban itu(iaitu tanggungjawab atau kebebasan memilih) kepada langit dan bumi dan gunung-ganang, mereka itu enggan menerimanya, tetapi manusia menerimanya. Sesungguhnya manusia itu zholim". (Al-ahzab:72)
Binatang dan Malaikat tidak dapat menukar peringkat atau pangkat yang ditetapkan kepada mereka, tetapi manusia boleh turun ke tempat atau peringkat yang paling bawah, atau pun naik ke peringkat Malaikat. Inilah maksud "beban" yang dimaksudkan itu. Kebanyakan manusia memilih tempat dalam dua peringkat yang bawah seperti tersebut dahulu. Tempat yang tetap selalunya tidak disukai oleh orang yang mengembara.
Kebanyakan mereka dalam peringkat atau kelas yang bawah itu kerana tidak ada kepercayaan yang penuh dan tetap tentang hari Akhirat itu. Kata mereka, Neraka itu adalah rekaan orang-orang Agama sahaja untuk menakut-nakutkan orang ramai, dan mereka pandang hina terhadap orang-orang Agama. Untuk bertengkar dengan mereka ini tidaklah berguna. Cukuplah bertanya kepada mereka demikian untuk membuat mereka merenung sebentarnya;
"Adakah kamu anggap 124, 000 orang Nabi dan juga Aulia Allah itu semuanya percaya dengan Hari Akhirat itu semuanya salah dan kamu itu sahaja yang betul?".
Jika ia menjawab, "Ya, saya percaya sebagaimana percaya saya dua itu lebih dari satu. Saya penuh yakin tidak ada Ruh dan tidak ada bahagia dan hidup sengsara di Hari Akhirat".
Maka orang seperti itu tidak ada harapan lagi. Biarkanlah mereka di situ. Kenanglah nasihat Al-Qur'an;
"Meskipun kamu ajak mereka ke jalan yang benar, namun mereka tidak akan menerimanya" (Al-Kahfi:57)
Tetapi sekiranya orang itu berkata bahawa hidup di Akhirat itu adalah satu kemungkinan tetapi doktrin(kepercayaan) itu penuh dengan keraguan dan kesulitan.
Maka tidaklah mungkin untuk membuat keputusan sama ada perkara itu betul atau tidak. Maka bolehlah dikatakan kepadanya;
"Lebih baik kamu fikirkan. Kalau kamu lapar hendak makan dan tiba-tiba ada orang berkata kepadamu dalam makanan itu ada racun yang diludahkan oleh seekor ular yang bisa. Kamu mungkin enggan memakan makanan itu dan kamu rasa lebih baik tahankan sahaja lapar itu, meskipun orang yang berkata itu mungkin berbohong atau melawak sahaja".
Atau pun katalah kamu sedang sakit dan seorang pembuat Azimat berkata;
"Beri saya RM1.00 dan saya boleh tuliskan satu Azimat untuk kamu gantung pada leher dan Azimat itu akan menyembuhkan sakitmu".
Mungkin kamu memberi orang itu wang untuk membuat Azimat itu dengan harapan mendapat faedah dari Azimat itu. Atau jika seorang ahli Nujum berkata;
"Apabila bulan masuk ke falak bintang yang tertentu, minumlah sekian-sekian ubat, maka sembuhlah kamu".
Meskipun tidak percaya dengan Ilmu Nujum, namun kamu mungkin mencubanya dengan harapan supaya disembuhkan. Tidakkah kamu terfikir bahawa adalah lebih baik bergantung kepada cakap-cakap Ambiya', Auliya' dan orang-orang Sholeh itu tentang Hari Akhirat itu lebih baik daripada percaya akepada penulis Azimat atau Ahli Nujum? Ada orang yang belayar dalam kapal merempuh lautan yang penuh ombak gelombang yang menelan manusia semata-mata dengan tujuan untuk mendapat keuntungan yang sedikit, kenapa pula kamu tidak kamu berkorban sedikit pun di dunia ini kerana untuk kebahgiaan yang abadi di Akhirat kelak?
Pernah Sayyidina Ali berkata kepada seorang Kafir; "Jika pendapat kamu betul, kedua kita akan teruklah di Akhirat kelak, tetapi jika kami betul, maka terlepaslah kami dan kamulah yang akan menderita". Beliau berkata demikian bukan kerana beliau ragu-ragu, tetapi semata-mata untuk menyedarkan orang Kafir itu.
Dari apa yang kita baca di atas itu, maka tahulah kita bahawa tugas utama hidup manusia di dunia ini ialah untuk membuat persediaan bagi Akhirat. Walaupun seorang itu ragu dan waham tentang hidup di Akhirat itu, Akal mencadangkan supaya orang itu bertindak seolah-olah ianya ada, memandangkan perkara-perkara besar yang akan ditempuh kelak. Selamat sejahteralah mereka yang menurut ajaran Allah dan RasulNya.
Assalamualaikum
untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group
jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca
harap maklum
ikhlas
sweetmiko
untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group
jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca
harap maklum
ikhlas
sweetmiko
Selasa, 27 Mac 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan