Yang membatal kan Iman
Berkenaan dengan hakikat keimanan barangkali tidak sangat diperlukan untuk memaparkannya. Pada penulis ini, yang perlu dipaparkan ialah fasal kedua dan ketiga, yang boleh dianggap sebagai aspek-aspek yang menyentuh pemurnian akidah dan oleh itu juga pegangan tasawwuf dan amalannya. Secara ringkasnya isinya ialah yang membinasakan iman, iaitu "riddah" atau kemurtadan iaitu:
1. dengan perbuatan kufur
2. perkataan kufur
3. I'tiqad kufur. Dengan sengaja, bersenda-senda, atau bantahan.
4. Perbuatan kufur: sujud kepada makhkuk dengan meletak dahi ke bumi
5. menghampirkan diri kepada makhluk dengan menyembelih kambing umpamanya
6. membuang Quran atau kitab syara' di tempat najis
7. membuangnya ke tempat yang keji seperti hingus
8. membuang fatwa ilmu syara' ke bumi
9. membuangnya dan berkata: fatwa ilmu apa ini?
10. dengan perkataan serta I'tiqad alam ini kadim atau roh kadim
11. atau Allah baharu
12. menafikan sifat Allah yang sabit dengan ijma'
13. menafikan ilmuNya tentang juziyyat
14. mengisbatkan sifat yang ditolak oleh ijma'
15. mendustakan nabi
16. mendustakan malaikat
17. meringankan keduanya atau menyembah keduanya
18. mendustakan satu aya daripada ayat-ayat Quran yang ijma' ulama sabitnya.
19. menambahi satu kalimah dalam Quran
20. meringan-ringankan nabi
21. meringan-ringankan sunnah nabi (sepertimemperlinya-p)
22. menghalalkannyangnharam dengan ijma' seperti zina , liwat dan minum arak
23. mengharamkan yang halal dengan ijma' seperti berjual beli
24. menafikan yang wajib pada syara' seperti sembahyang dan puasa Ramadan
25. mewajibkan yang tidak wajib dengan ijma' seperti menambahkan sembahyang jadi enam
26. mendakwa menjadi nabi
27. membenarkan orang mengaku nabi
28. menuduh Siti 'Aisyah berzina
29. mengatakan kafir kepada orang Islam tanpa ta'wil
30. menghalalkan mengatakan kafir kepada orang Islam
31. bercita-cita akan menjai kafir, maka kafir waktu itu juga
32. bercita-cita menjadi kafir dengan berlaku sesuatu
33. syak adakah diri sendiri kafir atau tidak, maka jadi kafir waktu itu juga
34. menyuruh orang islam masuk kafir
35. mengisyaratkan kepada orang Islam supaya masuk kafir
36. mengisyaratkan orang kafir yang hendak masuk Islam supaya ia kekal dalam kafir
37. enggan mengajar kepada orang kafir yang hendak masuk islam
38. meminta tangguh mengajar syahadah kepada orang yang hendak masuk Islam
39. senda-sendakan nama Allah
40. senda-sendakan suruhan atau tegahan Allah
41. senda-sendakan janji Allah memberi pahala atau mengenakan seksa
42. senda-sendakan nama Rasul
43. berkata: kalau Tuhan suruh atau Rasul suruh aku taat aku tidak akan lakukan
44. atau kata: kalau nabi datang aku tidak akan menerimanya
45. berkata: kalau Allah jadikan kiblat pihak ini aku tidak akan berhadap sembahyang kepadanya
46. kata: kalau Tuhan jadikan si anu itu nabi aku tidak akan terima.
47. kata: kalau aku sakit Tuhan suruh aku sembahyang Tuhan zalim
48. kalau orang teraniaya berkata: aku teraniaya ini takdir. Orang yang menganiaya berkata: aku yang buat bukan dengan takdir
49. kata: kalau seorang nabi atau malaikat naik saksi aku tidak terima
50. kata: aku tidak tahu nabi itu manusiakah atau jin
51. kata: aku tak tahu apa iman itu, secara menghinakannya.
52. mengecil-ngecil satu anggota nabi dengan menghinakannya
53. mengecil-ngecilkan nama Allah
54. berkata kepada orang yang berkata la haula wa la quwwata illa billah, itu tidak boleh menolong daripada lapar!
55. Orang yang berkata kepada orang yang bang, dusta engkau!
56. mengucap bismillah waktu minum arak dan berzina
57. berkata: aku tidak takutkan kiamat dengan meringan-ringankannya.
58. Berkata: sepinggan makanan tertentu lebih baik daripada ilmu.
59. Berkata kepada orang yang berkata: aku pertaruh hartaku kepada Allah dengan kata-kata: engkau pertaruhkan hartamu kepada pihak yang tidak boleh menyekat pencuri daripada mencuri hartamu.
60. Berkata: hai Tuhanku, matkkan olehmu akan daku, kalau engkau mahu aku Islam atau kafir.
61. Berkata, bila binasa harta dan anaknya, hai Tuhanku apa yang Engkau hendak buat denga harta dan anakku itu?
62. Orang yang mengajar kanak-kanak mengaji Quran berkata: kaum Yahudi terlebih baik daripada islam pada membayar hak guru.
63. kalau ada orang kafir masuk Islam yang diberi zakat, orang lain berkata: kalau aku masuk kafir kemudian Islam aku boleh dapat zakat. Orang itu jatuh kafir.
64. Menafikan Abu Bakar itu sahabat nabi
65. Kalau seseorang berkata kepadanya engkau bukan orang islam, ia pun berkata aku bukan Islam.
66. kalau orang menyerunya: Hai yahudi! Ia pun menjawab, jadi kafir
67. berkata: nabi kita hitam atau bukan Quraisy.
68. Berkata: pangkat nabi boleh hasil dengan usaha.
69. berkata: aku mendapat wahyu daripada Allah.
70. Berkata: aku sudah masuk syurga, makan buah-buahannya dan peluk bidadarinya.
71. tidak menganggap kafir orang yang selain daripada beragama Islam.
72. syak pada mengkafirkan mereka seperti Yahudi misalnya.
73. atau menganggap sah mazhab mereka seperti yahudi.
74. mengatakan umat Muhammad sesat
75. mengatakan Sahabat Rasulullah kafir
76. menafikan Quran ada mu'jizat yang melemahkan kuffar.
77. mengatakan Mekah, Ka'bah, atau Masjidil Haram.
78. Berkata: aku tidak tahu yang dikatakan Mekah itu Mekahkah atau tidak.
79. Menafikan bahawa langit bumi menunjukkan dalil ada Allah.
80. Berkata: adanya langit dan bumi tidak menunjukkan adanya Allah.
81. menafikan bangkit manusia dari kubur.
82. Ingkarkan syurga dan neraka atau hisab dan pahala juga azab.
83. atau dibenarkan semuanya itu tetapi katanya itu bukan maksudnya yang sebenar.
84. berkata: imam-imam itu lebih afdhal daripada nabi-nabi.
85. menyerupakan orang jahat dengan zabaniyah atau Munkar Nakir secara menghinanya, jadi kafir.
86. melebihkan wali atas nabi
87. menyangka sifat rububiyah apabila zahir atas hamba terangkat taklif.
88. mengaku melihat Allah dengan mata kepala dalam dunia.
89. mengaku dirinya sama perkataan dengan Allah.
90. berkata: Allah masuk dalam semua rupa yang baik-baik.
91. Berkata: roh itu cahaya Allah, apabila berhubung yang cahaya berkata-kata keduanya.
92. Beriktikad sifat dirinya dekat dengan sifat Allah.
93. Beriktikad Allah memberi makan minum kepadanya tiada haram halal lagi.
94. Mengaku sampai kepada Allah dengan jalan lain daripada ubudiyyah atau memperhambakan diri kepadaNya.
95. mengaku dirinya sampai kepada maqam gugur hukum Syara ' baginya.
96. Jadi bida'ah orang yang berkata: Allah telah mengilhamkan kepadanya pekerjaan agama Islam tidak berkehendak lagi ianya kepada ilmu dan ulama;
97. kalau beri'tikad Allah ilhamkan kepedanya pekerjaan agama lain daripada Islam jadi kafir;
98. atau ia sampai menjadi nabi jadi kafir;
99. kalau dikata kepada seseorang: engkau padaku seperti yahudi pada penglihatan Allah
100. atau membaca Quran sambil memalu rebana;
101. atau dikata orang baginya: adakah engkau ketahui yang ghaib, jawabnya: ya, bertanya aku tahu akan dia;
102. atau ia kembali daripada musafir bila mendengar burung ' aq 'aq
103. atau dikatanya: aku 'asyik akan Allah dan Allah 'asyik akan aku, maka jadi bid'ah fasik; tentang kafirnya ada khilaf.
104. kalau mencita-cita jangan diharamkan zina, membunuh dan anyiaya, jadi kafir.
105. kalau mencita-cita tidak diharamkan minum arak dan berkahwin dengan saudara, tidak kafir.
106. kalau dikatakan bagi isterinya: engkau terlebih aku kasih dearipada Allah, atau
107. berkata: ia Nasrani terlebih baik daripada majusi, bersalahan ulama tentang kufurnya.
Kemudian disebut tentang hadith berkenaan dengan perpecahan umat kepada 73, satu sahaja yang selamat, dan mereka itu Ahlis-Sunnah wal-Jamaah. (hlm 8-9).
Kemudian digesa supaya berpegang kepada Ahlis-Sunnah, jangan Qadariyyah, Jabariyyah, mazhab tasybih, dan ta 'til, Khariji dan Rafidhi. Ini diikuti dengan huraian-huraian berkenaan dengan golongan-golongan Rafidhiyyah, Kharijiyyah, Jabariyyah, Qadariyyah, Jahmiyyah, dan Murji 'ah. Kemudian ini disusuli dengan ciri-ciri yang berkemungkinan menyentuh tasawwuf pada pegangann atau amalannya sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan