HADIAH MALAM JUMAAT
Perkara : Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid
jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum
masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap
sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur
memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan
bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur
masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual
sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju
kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk
seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang
ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.
Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap
seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua
ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang
kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan
yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk
bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih
mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat
talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda
itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya
Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah
orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri
dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah
itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda
kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada
seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan
suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah
meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.
Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat
orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama
dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda
menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya
Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.
Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut
lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan
Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia
berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan
hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari
dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh
penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau
begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu
menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar
dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini
dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan
melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin
sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya
semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda
tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke
masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia
singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat
ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan
sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih
yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut
mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan
terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. " "Hadiah dari
ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh
mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya ?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada
hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari
tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda
telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) Nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan