Khasiat Asmaul Husna
selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh
yg besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
"Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak
500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat2 pelupa &
gugup akan hilang dengan izin Allah.
"Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insya
Allah kita akan mempunyai daya penarik yg besar sekali hingga manusia
merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
"Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau
setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yg dilakukan
setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yg diredhai Allah.
"Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah
tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit
hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.
"Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136x, Insya Allah jasmani
& rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan
menjadi segar sihat & sejahtera.
"Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236x, Insya Allah dgn
izin Allah diri kita, keluarga & segala kekayaan yg dimilikki akan
terpelihara & aman dari segala macam gangguan yg merosakkan.
"Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat
fardhu Isyak, Insya Allah fikiran & hati kita akan menjadi terang &
bersih dari segala sesuatu yg merumitkan sehingga mudah utk menghafal
apa jua pelajaran.
"Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh,
Insya Allah dgn izin Allah, kita akan menjadi orang yg mulia,
disegani orang kerana penuh kewibawaan.
"Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang,
semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dgn izin Allah.
"Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662x, maka dgn
kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh,
bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.
"Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, Insya
Allah bagi yg ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran,
amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap.
"Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang
sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, Insya Allah
kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
"Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yg sudah lama belum
mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dgn berpuasa selama 7 hari
dari hari Ahad hingga Sabtu. Diwaktu hendak berbuka puasa, ambil
segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum
air tersebut utk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat
perkara yg sama tetapi hanya dgn berpuasa selama 3 hari. Kemudian,
pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10x, Insya
Allah akan dikurniakan anak yg soleh dgn izin Allah.
"Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dlm masjid dlm keadaan
suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu
solat Jumaat, Insya Allah akan diampunkan dosa-dosa kita.
"Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka
hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & Insya Allah
orang-orang yg selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
"Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang
siapa yg selalu didlm kesempitan, Insya Allah segala kesulitan @
kesempitan dlm soal apa pun akan hilang dgn izinNya.
"Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu
khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yg halal
& membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah
dilakukan dgn ikhtiar yg zahir.
"Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh,
Insya Allah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima
nasihat agama.
"Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat
Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yg sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan