CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Khamis, 7 April 2011

Seks terabai + mata hati berzina = CURANG!

Seks terabai + mata hati berzina = CURANG!



Susunan : Bawang Goreng

Salam,

Curang! Apakah punca sebenar ada insan berlaku curang terhadap pasangnya? Alasan tidak bahagia, jemu dengan pasangan, stres di rumah, tidak dapat menerima kekurangan pasangan, semua ini adalah benih-benih berbahaya yang boleh meretakkan hubungan anda dan pasangan.

Pakar penceraian di Amerika Syarikat menganggarkan sekitar satu daripada tiga orang lelaki di sana curang terhadap isteri mereka. Kebanyakkannya mengeluh tentang masalah frekuensi seks dan perubahan layanan isteri. Tetapi peliknya, wanita-wanita yang kononnya teraniaya ini dilindungi oelh undang-undang jika menolak permintaan suami yang mahukan seks. Bagi suami yang memaksa isteri dengan kasar, kejam dan ganas hinggakan hanya sekadar paksaan secara halus atau ugutan boleh dijatuhi hukuman penjara kerana telah dituduh merogol isteri sendiri. Pelik bin ajaib undang-undang yang aneh ini. Bila minta tidak boleh, paksa pun dianggap perogol isteri, akhirnya suami simpan wanita, melanggan pelacur atau mencari wanita kesepian di web lucah. Rosak binasalah kesucian masyarakat dan tiada maknanya institusi keluarga yang dibina.

Ada sebab-sebab mengapa isteri tidak mahu melakukan hubungan seks dengan suami.

Pertama, emosinya sedang terganggu. Bayangkanlah jika anda sedang memendam amarah dan sedih atau pilu yang meluap-luap, tentulah susah untuk berpura-pura mahu jika suami meminta. Apatah lagi suami pula tidak pandai memujuk, ubatlah dulu hati isteri yang stres, kemudian barulah boleh masuk ke bab seterusnya.

Suami perlu bersabar, dan tidak terburu-buru sebagaimana anjuran sunnah Rasulullah SAW yang bermaksud, “Janganlah seseorang dari kamu menyetubuhi isterinya seperti haiwan, tetapi hendaklah di antara keduanya ada perantara.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah perantara itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ciuman dan rayuan.” (Hadis riwayat al-Dailami)

Kedua, sakit yang menyebabkan tidak boleh melayan kemahuan seks suami. Kepada suami, cubalah tenangkan diri dan lemahkan nafsu syahwat denga berpuasa, zikrullah, banyakkan sujud, membaca al-Quran, mengkaji hadis Rasulullah SAW, ataupun cergaskan badan dengan bersukan dan kuatkan semangat mencari pendapatan baru dengan kerja sampingan untuk melupakan sementara kemahuan seks yang membuka-buak. Jika dilihat pada diri Rasulullah SAW semasa muda, baginda tidak pernah menduakan Khadijah. Setelah wafat dan Rasulullah telah pun berusia lebih 50 tahun, barulah baginda beristeri lain. Jadi monogami juga sunnah Rasulullah SAW, bukan hanya poligami. Suami jangan ambil kesempatan di atas kelemahan isteri, banyakkan bersabar dan beri sokongan kepada isteri supaya menjadi isteri yang sempurna di mata dan hati anda.

Akhlak seksual

Ketiga, degil dan menderhaka. Jika suami telahpun berusaha untuk memujuk isteri, memberi didikan agama dan memenuhi segala kemahuannya untuk melembutkan hati isteri, tetapi tabiatnya tidak jua berubah, agama mengajar supaya isteri ‘dipulaukan’ untuk melahirkan kesedaran di hatinya, kemudian dicarikan wakil dari pihak isteri dan suami untuk berdamai. Jika cara ini tidak berhasil, suami boleh mentalakkannya untuk mencari penyelesaian setelah semua jalan telahpun buntu demi masa depan masing-masing. Ini anjuran dan aturan agama Islam. Memang tidak dapat dinafikan matlamat kepuasan seks amat penting dalam sebuah perkahwinan. Akhlak suami yang penyabar dan penuh kelembutan ketika menyentuh isteri akan disambut dengan penyerahan diri sepenuh hati isteri kepada suami semata-mata kerana Allah SWT, ia pasti akan mewujudkan hubungan seksual yang baik. Jika kedua-duanya tidak menjaga akhlak dan adab ketika ‘berhubungan’, perkara buruk akan terjadi seperti kecewa dan tidak puas dengan layanan pasangan!

Selain kewajipan menjaga ‘akhlak seksual’ terhadap pasangan, curang boleh dihindari dengan menjaga mata hati anda daripada rangsangan syaitan. Jika isteri tidak mahu memberi khidmatnya, suami pun merana, sakit jiwa dan boleh jadi segala macam penyakit datang akibat stress teruk ‘dikenakan’ isteri.

Benteng hati

Rasulullah SAW menyatakan malaikat melaknat wanita yang menolak permintaan suaminya sehingga ke subuh (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Rasulullah SAW juga menyuruh suami yang terangsang oleh wanita lain supaya menundukkan pandangannya kerana itu adalah panahan syaitan dan hendaklah dia bersegera mendapatkan isterinya untuk mengubati nafsu syahwat yang sedang bergelojak. (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi)

Banyak perbuatan berpunca dari mata hati kita. Dosa dan kotoran yang memendap dalam hati melahirkan perbuatan yang keji dan mungkar. Sebaliknya semburan iman dan wangian amal ibadah akan menjernihkan hati dan melahirkan sifat-sifat suci pemiliknya. Suami dan isteri mesti menjaga dua perkara penting dalam perkahwinan mereka. Jangan abai kemahuan seks pasangan baik suami atau isteri dan jangan biarkan hati anda kotor kerana sengatan seks haram. Sengatan seks haram itu berpunca dari mata, telinga dan bahasa tubuh yang memikat. Pornografi telah amsuk ke dalam rumah orang Islam. Tanpa benteng hati yang kukuh sesiapapun takkan mampu menolak jemputan hangat lambaian seks haram di mana-mana saja. Suami dan isteri mesti memiliki benteng hati itu. Antaranya :
Iman yang dipupuk dengan budaya agama dan ilmu. Bacalah tafsir al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW untuk mendapat sentuhan pertama yang menghidupkan hati. Letakkan ilmu sebagai mercu kekuatan peribadi anda dan keluarga.
Jangan menganggur dan membuang masa. Semua kejahatan berpunca dari sesaat yang dihabiskan kerana tidak mengingat Allah SWR. Ikutilah sunnah Rasulullah dalam beribadat, bekerja dan berakhlak
Jangan malu belajar ilmu seks untuk memuaskan pasangan kerana ia adalah ilmu yang halal untuk jalan yang halal.
Inilah benteng hati yang menjanjikan kesucian dan menolak gejala curang dalam perkahwinan.

Renung-renungkan!

Sumber : Dr Juanda Jaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan