hasil penulisan Dr. HM Tuah Islandar Al-Haj dalam sebuah majalah mingguan wanita. Apa yang menariknya isi kandungan tersebut?
Ayuh kita baca entri dibawah ini bersama-sama. Semoga sedikit sebanyak kita akan dapat mengawal kemarahan dengan lebih baik dari yang sebelumnya.
Jika anda dikata orang, apa anda akan buat? lawan? sabar? Jika anda lawan, keadaan akan bertambah genting. Belum tentu anda menang, sebaliknya akan lebih banyak rahsia terbongkar. Jika anda sabar, mungkin juga orang menganggapkannya benar, tetapi ia mampu mematikan sebarang hujah.
Ketika orang marah diam sahajalah, jangan dilawan, nanti semakin marah dia. Ketika orang tengah berhujah dan memang suka menang, biarkan sahaja mereka bercakap, nanti dia akan berhenti sendiri. Kalau dilawan dan dilayan memang tak akan habis-habis jadinya.
Suami anda marah, diam saja. Biar dia rasa dia betul, biar dia keluarkan apa-apa yang hendak keluarkan. Nanti bila ia sudah habis, akan diamlah dia. Kalau di lawan atau dilayan itu macam memberi modal baru kepadanya. Suami yang suka marah-marah memang tidak akan mudah mengalah.
Kalau dah marah gila yang nahas nanti diri anda juga.
Dengar-dengar dikata orang, pilihlah sikap diam, kecuali orang datang minta penjelasan secara tertib kita jelaskan secara tertib. Kalau orang datang maki hamun diam atau senyum saja dan pergi dari situ. Memang susah nak buat, tetapi itulah senjata untuk memadamkan semua cakap-cakap yang tidak sedap didengar.
Apa ruginya dikata orang? Lagi banyak dikata, lagi banyak dapat pahala. Dikata orang itu sakit tetapi kalau hujungnya nanti terserlah kebenaran nikmatnya, masya-ALLAH, indah.
Tak ada manusia bebas dari dikata orang. Siapa pun akan dapat. Semakin besar orang itu, semakin berpengaruh orang itu, semakin kaya dan ternama orang itu, semakin banyak dan semakin keraplah dikata orang.
Nak dilayan semua? Buat apa buang masa. Daripada melayan kata-kata orang lebih baik buat kerja lain. Setiap kerja akan berhasil hujungnya. Kalau tak berhasil pun ia mendatangkan pengalaman paling berharga. Lama-lama berhasillah.
Layan orang gila akan jadi gila. Layan suka orang mengata akhirnya lebih pakar dari si pengata, Lebih baik diam dan sabar. Nak lawan dan nak layan memang tak terlayan kita.
Pilihlah sabar
At-Tirmidzi meriwayatkan, Nabi s.a.w. bersabda, “Sukakah aku beritakan padamu orang yang diharamkan masuk neraka?”
Jawab sahabat, “Ya khabarkan kepada kami ya Rasulullah.”
Bersabda Nabi s.a.w.,“Neraka itu haram atas tiap orang yang lunak, ramah, lapang dada dan mudah baik hubungannya.”
Bermakna kalau dikata macam mana pun, sambut dengan senyum. Kalau tak boleh senyum pun, relaks saja, jangan kelam-kabut, jangan mengamuk.
Al-Khatib dalam kitab “Irsyadul llasabilirrasyad” meriwayatkan, “Orang yang sabar itu mulia di dunia dan juga mulia di akhirat. Bahkan orang yang sabar itu hampir-hampir menjadi Nabi.”
Jadi, pilihlah sabar daripada lawan. Lawan semakin menyakitkan hati tapi sabar menawar hati. Berlawan dengan kebodohan akan berakhir dengan kebodohan, sebaliknya ketenangan dan kebijaksanaan serta sentiasa untung.
Lihat kisah di bawah bagaimana sabarnya Nabi s.a.w. yang ketika itu memakai serban buatan Najran yang agak tebal pinggiran serban itu, tiba-tiba datang seorang Badwi yang menarik serban Nabi s.a.w. itu dari belakang hingga berbekas pinggiran serban itu di leher Nabi s.a.w. kerana sangat keras tarikan Badwi itu lalu dia berkata, “Ya Muhammad, berikan padaku dari harta ALLAH yang ada di tanganmu”.
Maka Nabi s.a.w. menoleh pada Badwi itu dan tersenyum, kemudian menyuruh sahabat yang menjaga baitulmal supaya memberi pada Badwi apa yang dimintanya.
Peristiwa ini sepatutnya menjadi kayu pengukur pada maklum balas kita apabila berdepan dengan sikap-sikap yang tidak manis. Kelunakan akan sentiasa memadamkan keangkuhan.
Dunia akan aman oleh kesabaran berbanding keegoan. Hidup anda juga akan aman oleh berbanding pertentangan. Hari ini kita tiada masa lagi untuk membuang-buang waktu berdepan dengan kekalutan manusia sebab kekalutan hidup sudah cukup banyak. Tenang, lunak , sabar dan mubar adalah benteng segalanya.
Sekarang fikirkan, apakah sikap kita selama ini apabila ada orang mengata atau mengutuk kita? Kita berasa marah? Nak mengamuk? Mahu belasah orang itu?
Mampukah kita senyum dan berdiam diri seperti Nabi SAW?
Assalamualaikum
untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group
jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca
harap maklum
ikhlas
sweetmiko
untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group
jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca
harap maklum
ikhlas
sweetmiko
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan