CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Jumaat, 1 April 2011

Kepentingan Taqwa

Taqwa inilah yang diwasiatkan ALLAH awal-awal kepada Nabi Adam as: "Hai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Surah Al A'raf: 26)

Taqwa juga diletakkan sebagai penanda aras kemuliaan manusia oleh Pencipta manusia itu sendiri iaitu ALLAH. ALLAH berfirman, "Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu adalah yang paling bertaqwa." (Al Hujarat: 13)

Seruan ALLAH dalam Surah Ali Imran ayat 102: "Bertaqwalah kamu sekalian dengan sebenar-benarnya taqwa dan janganlah kamu sekali-kali mati kecuali dalam keadaan Muslim."

Dalam ayat lain ALLAH menegaskan lagi: "Dan sungguh Kami telah memerintahkan kepada orang yang diberikannya kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu, bertaqwalah kepada ALLAH." (An-Nisa': 131)

Imam Al Ghazali menjelaskan manfaat taqwa telah berkata: "Taqwa itu harta terpendam yang berharga sekali. Jika engkau mendapatkannya, maka seolah-olah berkumpul kebaikan dunia dan akhirat dalam taqwa itu. Dan perhatikan apa yang difirmankan dalam Al Quran mengenai taqwa. Banyak sekali ALLAH berikan keuntungan, pahala yang besar dan keselamatan yang disandarkan kepada sifat taqwa."

Sudahkah kita bertaqwa?

Orang yang bertaqwa akan sentiasa memelihara dirinya daripada semua batas dan hukum hakam agama. Segala yang wajib dan sunat akan dilaksankannya. Manakala segala yang haram dan makruh akan ditinggalkannya. Bukan itu saja, malah mereka sangat berpada-pada dengan segala yang halal kerana takut dihisab/ diperhitungkan kelak diakhirat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan