Soalan.
Saya seorang wanita yang telah berusia 30 tahun. Baru-baru ini saya telah mengetahui bahawa saya tidak dikhitankan ketika masih kecil. Adakah saya wajib berkhitan sekarang?
Jawapan.
Berkhitan atau disebut dalam istilah orang-orang Melayu sebagai berkhatan adalah suatu yang diwajibkan ke atas lelaki dan perempuan.Oleh itu seorang wanita yang belum berkhitan, dan hanya mengetahuinya ketika sudah menjangkau usia 30 tahun, maka tetap juga diwajibkan supaya berkhitan.
Ini adalah berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud : Lima perkara yang tergolong dalam fitrah iaitu : “berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai”.
Walaubagaimanapun dia tidak dianggap berdosa kerana tidak berkhitan sewaktu kecil kerana dia tidak mengetahuinya.
Tetapi apabila dia mengetahuinya, maka berdosa jika melalaikan kewajipan ini. Bagi wanita adalah sekadar dipotong, atau sekadar berdarah pada klitorisnya. Perkara ini adalah tidak memberatkan dan tidak menyulitkannya. Jika meninggalkannya adalah berdosa dan termasuk dalam maksiat farji ( kemaluan ) .
Syeikh Ibn Hajar al-Haitami dalam kitabnya yang bernama al-Zawajir mengatakan bahawa meninggalkan khitan sesudah dewasa sama ada lelaki atau wanita termasuk dalam dosa-dosa besar.
Oleh : Ustaz Zahazan Mohamed
Assalamualaikum
untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group
jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca
harap maklum
ikhlas
sweetmiko
untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group
jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca
harap maklum
ikhlas
sweetmiko
Jumaat, 1 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan