CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Selasa, 25 Januari 2011

Ubat paling mujarab

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha 
Penyayang
UNTUK PEDOMAN KITA
Riak, takbur, bangga diri dan ego adalah salah 
satu penyakit yang cukup merbahaya. Maka 
segeralah untuk mengubatinya.
 
Menurut Imam Ghazali antara ubat yang mujarab 
ialah:
a) Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah 
dialebih mulia dari kita kerana dia masih kecil 
dan belum dibebani dosa.
 
b) Jika bertemu orang yang lebih tua anggaplah 
beliau lebih mulia dari kita kerana beliau telah 
lama beribadat kepada Allah swt.
 
c) Kalau bertemu orang yang alim (berilmu) 
anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana 
banyak ilmu agamanya yang tidak kita ketahui.
 
d) Kalau bertemu orang yang jahil anggaplah 
beliau lebih mulia dari kita kerana beliau 
melakukan dosa kerana kejahilannya sedangkan kita 
melakukan dosa walaupun ada ilmu didada.
 
e) Kalau bertemu orang yang jahat anggaplah 
beliau lebih mulia dari kita kerana beliau 
mungkin bertaubat kepada Allah swt apabila tua 
sedangkan kita belum tentu lagi.
 
f) Kalau bertemu orang yang kafir katakanlah 
didalam hati bahawa si kafir itu mungkin insaf 
dan memeluk Islam dan semua dosanya ketika kafir 
dahulu diampuni oleh Allah swt, sedangkan kita 
yang sejak lahir sudah Islam tapi tidak terlepas 
dari melakukan dosa.
 
 
"Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum
kerabatmu yang dekat. " ( As-Syu'Araa, 214)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan