‘’sayang, janganla bersedih, kalau sayang sedih siapa lagi mahu menjadi penyeri rumahtangga kita?” pujuk seorang suami pada isterinya.
Kesedihan seorang ibu atas pemergian anak tercinta, dipujuk oleh kata-kata suami tercinta.
‘’sayang, jangan menangis ye, nanti kita beli yang lain , ” pujuk seorang ibu pada anak bongsunya yang aiskrim yang sedang dimakannya jatuh ke atas jalan.
‘’sayang,jangan sedih ye. Insya Allah, mungkin kali ni bukan rezeki anak ayah ni menang kali ni. Mungkin lain kali kita boleh cuba lagi. Jom, ayah belanja di atas keberanian anak ayah ni mencuba..” pujuk seorang ayah pada anaknya yang tidak berjaya merangkul kejuaraan dalam satu pertandingan.
Si anak bangkit dari duduknya, dikesat air matanya. Seolah-olah ada harapan baru yang menanti di hari esok.
Begitulah antara keadaan kita sebagai manusia.
Ada masa, pasti akan merasai kehilangan.
Hilang harta.
Hilang sanak saudara.
Hilang keyakinan.
Semuanya itu hampir meruntuhkan keyakinan sebahagian dari kita terhadap kehidupan.Seolah-olah dunia terlalu kelam.
Buntu mencari penyelesaian.
Ingatlah, semuanya itu dapat dikembalikan, hanya kerana sebuah ”KATA”.
Dengan kata-kata, suara kita akan dapat meningkatkan kembali keyakinan sesiapa sahaja, asalkan ianya bukan kata-kata membunuh rasa dan jiwa, pasti kita akan lihat kebangkitan seseorang dari lubang yang dalam sekalipun.
Dengan kata, ianya seolah menyeliputi seseorang yang dalam kesedihan di dalam pelukan kasih sayang.
Dengan kata, ianya membuatkan seseorang merasa ada lagi insan yang peduli dengannya.
Dengan kata, ianya seolah-olah membuatkan dirinya yakin bahawa ada yang akan sentiasa dengannya walau sepahit manapun perkara yang dihadapi.
Semua ini membangkitkan hati dan jiwa seorang manusia.
Sebagai seorang muslim, kewaspadaan kita terhadap tutur kata sangat menjadi perkara yang sangat tinggi nilainya.
Kerna ianya seolah menghidupkan sebuah nyawa yang hampir mati nilainya pada sebuah kehidupan, yang pasti serba sedikit akan meningkatkan kembali pandangannya pada Tuhan.
Carilah kata-kata yang indah apabila mendapati teman di sekeliling mengalami sebuah ”kehilangan”.
Sebagai seorang muslim, kita pasti akan tersenyum tatkala membaca pujukan Tuhan :
Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita jika kamu orang-orang yang beriman (surah keluarga imran :139)
Sebagaimana resam sebuah pensil apabila ianya tumpul pasti akan diasah untuk menjadikan tulisan yang terhasil lebih cantik.
Begitu jugalah resam manusia.
Ketajaman atau kecantikan diri kita Allah ingin pertingkatkan dengan sebuah yang dipanggil ujian.
Pensel ‘’sakit” diasah tetapi selepas itu terus cantik
Jika kita ingin ”cantik” maka ujian Tuhan itu adalah sebagai asahan terhadap diri kita.
Sebagaimana sebuah kereta apabila siap dihasilkan, pasti akan diuji dengan pelbagai ujian untuk menguji ketahanan seterusnya akan menghasilkan harga yang sesuai dengan ketahanan dan kualiti yang dihasilkan.
Begitu jugalah kita sebagai manusia, kita teruji ”nilai” kita disisi Allah, Tuhan pemberi rezeki ketika kita lapar, penyembuh ketika kita sakit , pemberi kita hidayah ketika kita dihidupkan.
Ingin dinaik tarafkan nilai kita sesuai dengan ganjaran yang ingin diberi.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.
Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan dengan sebaik-baik balasan. (surah labah-labah)
Bergembiralah jika kita termasuk dari kalangan yang diuji, disitulah kita akan merasai kasih sayang Allah pada hamba-hambanya yang terpilih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan