CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Khamis, 3 Februari 2011

Motivasi - Mencari Erti Kecemerlangan


Kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan Allah. Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat.

Liku-liku hidup yang ditempuh mematangkan diri. Suka duka tabah diharungi. Perjuangan hidup kita perlu diteruskan dengan keyakinan dan ketabahan. Kedatangan tahun baharu juga bererti bertambahnya usia kita. Namun begitu, adakah dengan meningkatnya usia kita akan lebih matang dalam tindak tanduk kita? Itulah yang harus kita fikirkan.

Dalam meniti usia remaja, seseorang pelajar itu perlu ada wawasan diri bagi mencapai kecemerlangan sama ada dalam hidup ataupun dalam pelajaran. Mereka perlu ada prinsip yang digenggam kukuh dan tidak mudah goyah ditiup angin. Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana anasir yang akan melalaikan.

Mencari Erti Kecemerlangan

Sebagai remaja yang berwawasan kita tentu mendambakan kecemerlangan. Masing-masing berlumba-lumba mencari kecemerlangan. Kecemerlangan menjadi cita-cita dan impian setiap insan.

Dalam buku berjudul Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran, Dr Danial Zainal Abidin ada mengupas beberapa aspek tentang kecemerlangan. Kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan Allah.

Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat. Imam al Ghazali di dalam karya agungnya Ihya Ulumiddin dalam bab Syukur ada menyentuh berkenaan kecemerlangan kemuncak di akhirat. “Ciri-ciri kebahagiaan di akhirat yang tidak ada di dunia boleh dibahagikan kepada empat. Pertama, keadaannya kekal abadi. Kedua, kegembiraannya berkekalan. Ketiga, tidak wujud lagi kejahilan selepas itu. Keempat, tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu.

Cemerlang dengan menjadi Global Champion

Global Champion dapat diertikan sebagai jaguh global. Ia bermaksud seseorang itu perlu mempengaruhi dan memimpin dunia berdasarkan kebenaran, serta contoh yang baik bagi golongan lain. Bagi seorang yang beragama Islam, mereka perlu terlebih dahulu memahami Islam dan berasa mulia dan ajarannya. Antara ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi global champion ialah berfikir seperti pemimpin, perkongsian nilai yakni amanah, memberi fokus kepada inovasi, kajian dan pembangunan, mementingkan kualiti, tidak berasa inferior atau rendah diri dan mampu bekerjasama.

Cemerlang dengan Iman dan Takwa
Kecemerlangan bermula dari dalam. Ledakan iman dan takwa mampu mengubah dunia dan seisinya. Mereka yang bertakwa akan diilhamkan dengan petunjuk. Berpandukan petunjuk, mereka mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Lebih daripada itu, takwa juga memurahkan rezeki di dunia.

Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat
Kesempurnaan iman dan takwa tidak akan tercapai tanpa ilmu dan hikmat. Malah ilmu dan hikmat adalah pintu gerbang kepada segala kebaikan dan kecemerlangan. Potensi yang ada pada manusia hanya bersinar selepas digosok dengan ilmu. Menurut Imam hadis, Bukhari dan Muslim, “Manusia ibarat lombong emas dan perak. Mereka yang baik pada masa jahiliah akan menjadi baik dalam Islam apabila mereka mempunyai kefahaman yang mantap.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan