CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Rabu, 9 Februari 2011

Petua Mengatasi Sakit Pinggang Ketika Dalam Pantang

~ Khasnya buat ibu yang mengambil epidural sewaktu bersalin semoga petua ini membantu.

a) Amalkan meminum halia muda sebesar ibu jari (ditumbuk halus ) kemudian direbus dengan 2 gelas air  serta dicampur sedikit gula. (Minum ketika ia suam-suam kuku. )Amalkan 2 kali sehari iaitu pagi dan petang sehingga mendapat hasil yang memuaskan.

b) Ambil akar kapas boleh menguat dan memulihkan pinggang iaitu ambil akar kapas dalam ukuran 8-10cm,  cuci dan rebus dengan air secukupnya untuk minuman 3 kali minum. Lakukan ia untuk 3 hari berturut-turut.

c) Memperkuatkan pinggang – mengamalkan ulaman petai mentah.


Mengembalikan Seri Wajah Selepas Bersalin.

a) Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (Jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit  hidup, kikis kulitnya basuh dan kisar. Bancuhkan beras halus tadi dengan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka dengan air bersih setiap hari dan kemudian  sapukan bedak sejuk pada wajah secara perlahan juga pada leher bagi mendapatkan hasil yang dikehendaki.

b) Mengembalikan seri bibir
- ambil sedikit halia dan tumbuk sapu pada bibir dan biarkan kering sehingga memperolehi hasil yang dikehendaki.

Petua Untuk Payu Dara.

a) Buah keras ditumbuk dan digoreng hingga keluar minyak dan sapu serta diurut pada PD.

b) Daun turi diramas ambil airnya disapu dan urut pada PD.

c) Daun pegaga dan daun inai dikisar kering/ditumbuk. Campur sedikit tepung beras dan air. Gentel

bulat-bulat dan jemur. Setelah kering bolehlah dijadikan pupur pada PD.

d) Air embun sapu pada PD urut keatas disertai selawat Nabi.

e) Daun Sireh disapu minyak zaitun/kelapa dilayur atas lilin dan tekap pada PD.  Lakukan 2 @ 3 kali seminggu.

f) Kobis putih sejuk ditekap pada PD sehingga lecur untuk mengurangkan bisa/sengal susu.

g) Ambil segelas susu lembu asli. Sediakan sepotong asam jawa sebesar ibu  jari kemudian dipanggang di dalam oven sehingga hangus dan ketuk agar pecah kasar masukkan ke dalam air susu tadi biarkan selama 1 jam. Minum setiap malam sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.



Khasiat Manjakani Dipetik

a) Mengatasi kesakitan haid/keputihan - Rebus segenggam manjakani hingga mendidih. Minum air rebusannya. Lebihannya direbus kembali bagi menghasilkan rebusan yang lebih pekat untuk membersihkan  alat sulit.

b) Untuk awet muda dan menegangkan kulit wajah -  Selepas mandi air rebusan manjakani disapu pada wajah dan biarkan kering.

c) Untuk seri wajah - Manjakani diasah kemudian sapu minyak zaitun sedikit, sapu pada wajah agar licin dan halus.

d) Bagi yang berkahwin amalkan meminum air rebusan manjakani secar 3 kaliseminggu. Manjakani yang  rebus tadi dijadikan ulaman. (Segelas pagi dan segelas petang)

Petua Melangsingkan Badan/ Menghancurkan Lemak Di Badan.

a)Sebiji peria dikisar bersama secubit garam dan air. Tapis air dan simpan di dalam peti sejuk. Minum air ini setiap pagi disertai selawat.

b) 3 potong halia ditumbuk dengan sedikit jintan manis, jintan putih bersama beberapa biji lada hitam. Masukkan kedalam 1/2 gelas air suam dan tapis serta ditambah 1/2 gelas lagi. (Buat 2 kali sehari)

c) Perahan air asam jawa dicampur sedikit madu bertujuan menghancurkan lemak/ membersihkan kotoran dalam badan juga melawaskan sistem perkumuhan
.
d) Chinese tea dicampur perahan limau nipis.

e) Halia bara, jintan manis, lada hitam dan air suam dikisar. Tapis kemudian minum airnya.(Amalkan 2 kali seminggu)

f) Kekal Langsing
- 5cm halia bara
10 biji lada hitam
sedikit ikan bilis ditumbuk kemudian dicampur dengan perahan limau nipis, enak dihidang bersama nasi panas untuk santapan sepanjang tempoh berpantang.

12) Khasiat Madu Lebaha
Meminum sesudu madu setiap hari berupaya mencuci/membersihka n usus atau hampas yang menempel di perut.

b) Minum madu lebah bercampur air panas mampu membuang makanan berlebihan di dalam badan.

c) Madu lebah dicampur air asam jawa berupaya bertindak sebagai pelawas dan menyusutkan lemak di perut.

d) Minum madu mahupun airnya mampu membantu mengatasi masalah haid tidak  teratur.

e) Segelas perahan air limau Sunkist panas dicampur sedikit madu lebah dapat membantu mengelakkan masalah buang air besar selain berperanan mempercepatkan proses penyembuhan luka-luka dalam perut.

(Makanan yang kaya dengan Vitamin C) .

13) Menjarakkan Kehamilan
a) Ambil lengkuas sebesar ibu jari, halia sebesar ibu jari, 10 biji lada hitam dan ¼ ragi tapai, kemudian ditumbuk halus dan campurkan segelas air mendidih kemudian tapis. Campuran tadi dicampur dengan sedikit garam dan perahan limau nipis. Minum ia sebulan sekali sebelum tidur.

b)  Ambil 2 batang kunyit sepanjang 3cm dipanggang 2hingga 3 minit jangan sampai hangus. Kemudian ditumbuk hingga halus dan dicampur ¼ sudu the garam serta satu gelas air lalu diperah dan tapis. Minum airnya selama 1 minggu.

Merawat Peranakan Turun


– Ambil tunas pisang batu, ditumbuk sehingga halus dan diperah ambil airnya. Minumlah air perahannya setiap pagi dan malam dalam jangka waktu tidak lebih seminggu. Tetapi harus diingat jangan sampai sekalipun mencampurkan air perahan tersebut dengan garam kerana kesannya tidak baik pada hempedu.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan