CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Rabu, 29 Disember 2010

TAZKIRAH JUMAAT

Jumaat lebih agung daripada hari raya
SESUATU yang dijadikan Allah di bumi ini mengandungi faedah dan nikmatnya. Allah juga pada masa sama, melebihkan antara satu kejadian dengan yang lain
mengikut arahan-Nya. Itulah kekuasaan Allah yang mencipta segala kejadian dalam alam ini.
 
Setiap ciptaan-Nya mempunyai kelebihan tersendiri dan kelebihan manusia di sisi-Nya ialah mereka yang paling bertakwa kepada-Nya.

 
Selain itu, Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini. Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud: "Sekali sembahyang di masjid-Ku (Masjid Madinah) lebih baik  daripada seribu kali sembahyang di tempat lain kecuali di Masjidil Haram."

Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu sebagaimana Allah melebihkan Ramadan daripada segala bulan yang lain. Allah melebihkan Jumaat daripada segala hari yang lain dalam seminggu. Sabda Nabi Muhammad bermaksud:
"Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat, pada hari itu Allah menjadikan Adam, pada hari itu dimasukkannya ke dalam syurga dan dikeluarkannya daripadanya."
Dalam hadis lain pula, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Jumaat itu penghulu segala hari serta yang paling agung di sisi Allah dan adalah lebih agung di sisi Allah daripada Hari Raya Haji (korban) dan Hari Raya Puasa."
Daripada kedua-dua hadis itu jelas menunjukkan keistimewaan Jumaat. Jumaat adalah hari diciptakan Nabi Adam dan pada hari itu juga, Baginda dimasukkan
ke syurga dan juga dikeluarkan daripadanya.
Jumaat adalah penghulu segala hari dan lebih afdal daripada Hari Raya Korban dan Hari Raya Puasa. Jika pada kedua-dua hari raya itu disunatkan sembahyang hari raya, tetapi pada Jumaat difardukan sembahyang Jumaat.
Ada antara kita berasakan Jumaat seperti hari lain. Ini menyebabkan mereka mengisi hari itu dengan hati yang kosong tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya.
Lebih malang lagi, ada pula yang meninggalkan Jumaat tanpa rasa berdosa kepada Allah. Tidak mustahil ketika khutbah disampaikan, ada yang sedang berehat di samping keluarga, menjamah hidangan tengah hari dan tidak kurang berkelah.
Golongan ini lupa pada kewajipan kepada Allah, sementara itu ada pula yang masih sibuk dengan urusan pekerjaan dan perniagaan.
Mereka dapat mendengar laungan Jumaat melalui radio atau menara masjid walaupun di mana berada. Mereka itu terdinding daripada petunjuk Allah.
Pada masa lalu, masih ada kaum Muslimin yang beranggapan bahawa sembahyang Jumaat itu hanya fardu kifayah, dan jika ada sebilangan kaum Muslimin yang
mengerjakannya, mereka akan terlepas daripada kewajipan itu.
Ada pula yang hanya takut jika meninggalkan Jumaat hingga tiga kali atau dua kali tanpa sebarang keuzuran yang diharuskan oleh syarak.
Mereka berasakan jika meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut barulah hukumnya haram, sekiranya sekali atau dua kali tidak mengapa.
Anggapan ini silap dan sesat kerana sembahyang Jumaat adalah fardu ain iaitu wajib dikerjakan oleh setiap Muslim yang mukalaf dan wajib pula dilakukan pada setiap Jumaat.
Dalam erti kata lain, sesiapa yang meninggalkan Jumaat dengan sengaja hukumnya haram dan berdosa

Jika Makanan Jadi PENYAKIT

Penyakit yang singgah di tubuh manusia biasanya
berkait rapat dengan makanan yang disuap.  Makanan
bukan sekadar mengenyangkan perut tetapi boleh juga
menjadi racun andainya tidak dikawal dengan baik.
    Sebuah riwayat menceritakan bahawa Raja Negus
menghantarkan seorang tabib (doktor) untuk berkhidmat
kepada Rasulullah.  Ketika menerima kedatangan tabib
berkenaan, Rasulullah memberitahunya bahawa baginda
dan para sahabat sangat menjaga perut kerana perut
adalah wadah pelbagai penyakit.

    Kata-kata Rasulullah itu ada kaitannya dengan firman
Allah lewat surat An-Nahl: 114 yang bermaksud,
    Oleh itu, makanlah (wahai orang yang beriman) daripada
apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu daripada
benda halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah,
jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.

    Ulama terkenal, Dr Yusof al-Qaradhawi juga pernah menyatakan,
jika perut itu sarang kepada penyakit, makan melaparkan perut
adalah raja bagi segala ubat.  Maksud ulama ini mungkin lebih
tepat jika dikaitkan dengan ibadat puasa yang dilakukan umat
Islam.  Dalam pada itu, bukan bermakna kita terbatas untuk
makan, tetapi seelok-eloknya kawal pengambilan makanan
agar tubuh segar dan seimbang.

    Tubuh yang sihat dibentuk oleh makanan yang berkhasiat.
Begitu juga rohani yang bersih turut berpunca daripada
makanan yang berkhasiat.


Jika Kalian Junub Maka Mandilah


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ubay ibnu Ka'b ra. telah menceritakan hadis berikut:
Sesungguhnya fatwa yang biasa mereka fatwakan, yaitu bahwa sesungguhnya air itu (mandi jinabah) berasal dari air lain (air mani), hal itu merupakan rukhshah yang ditetapkan oleh Rasulullah saw. pada permulaan Islam, kemudian sesudah itu beliau saw. memerintahkan mandi (jinabah).
(Riwayat Abu Daud dan Turmudzi)
Keterangan:
Yang dimaksud dengan fatwa ialah kalimat yang sesudahnya, yaitu sesungguhnya mandi jinabah itu disebabkan mengeluarkan air mani, dalam kaitannya dengan bersetubuh.
Fatwa tersebut sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Muslim seperti berikut:
Bahwa pada suatu hari Nabi saw. berdiri di hadapan pintu rumah 'Atabah, lalu memanggilnya. 'Atabah keluar seraya menarik kainnya. Maka Rasulullah saw. bersabda:
"Lelaki yang tulen adalah yang kuat bersetubuh."
'Atabah langsung bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang diwajibkan atas lelaki yang menyetubuhi isterinya tetapi tidak mengeluarkan air mani?"
Maka Rasul saw. menjawab, "Sesungguhnya mandi itu berasal dari keluarnya air mani." Atau dengan kata lain, mandi jinabah tidak diwajibkan karena bersetubuh kecuali apabila mengeluarkan air mani.
Hal tersebut terjadi pada permulaan Islam demi untuk mempermudah dan meringankan mereka. Sesudah itu Nabi saw. memerintahkan untuk mandi jinabah sehabis bersetubuh sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
Hadis ini diketengahkan oleh Imam Turmudzi dengan sanad yang sahih.

Dikutip dari kitab terjemah At-Taj, Syekh Mansyur Ali Nashif. (Mahkota pokok-pokok hadis Rasulullah saw) terjemahan Bahrun Abu Bakar, terbitan Sinar Baru Bandung. jilid 1, bab bersuci, 6. mandi hal. 297, 298

JIKA DITIMPA SESUATU MUSIBAH YANG SUKAR DISELESAIKAN..


Berikut adalah salah satu kaedah menyesali segala perbuatan silam untuk tujuan pemulihan diri-sendiri di samping untuk mendekatkan diri kepada Allah swt dan silaturrahim dengan sekelian para makhluk:-
Selepas sembahyang fardhu / sunat ( sebaiknya selepas sembahyang sunat taubat..2 rakaat)
Selepas sembahyang baca :-
- Al-Fatihah...1x.- Hadiahkan kepada sekelian yang menurunkan amalan ini samada masih hidup atau telah meninggal dunia.
- Shahadat 3x...
- Allahu samii'ul Bashir...1x
- La maujudan, wala hayyan, wala qaadiran, wala aa'liman, wala samii'an, wala bashiiran, wala mutakalliman fil haqiiqati illallah.....1x
- La ilaha illallahu wallahu akbar...1x
- Ilaahi ta'ala - al-Fatihah...1x
- Qulhuallah.....6x
- Qul A'uzubirabbil Falaq...1x
- Qul A'uzubirabbinnas....1x
- Al-Fatihah ...3x
- Ilaa hadrotinnabiyyil musthofa sallalhahu alaihi wasallam ..al-Fatihah..3x
- Al-Fatihah...3x. Dihadiahkan kepada Nabi Adam a.s, Saidatina Hawa dan para Nabi serta rasul alaihissalam.
- Al-Fatihah....3x. Dihadiahkan kepada Malaikat Jibril, Mikail, Israfil, Izrail dan semua para malaikat Allah.
- Al-Fatihah...3x. Dihadiahkan kepada sekelian Wali Allah
- Al-Fatihah...3x. Dihadiahkan kepada sekelian datuk dan nenek.
- Al-Fatihah...3x. Dihadiahkan kepada ibubapa.
- Al-Fatihah...3x. Dihadiahkan kepada guru-guru.
- Al-Fatihah....3x. Dihadiahkan kepada sekelian muslimin dan muslimat, mukminin serta mukminat.
- Al-Fatihah...3x dihadiahkan kepada sekelian makhluk Allah, Langit dan Bumi, Bulan & Bintang, Matahari, Arasy, Syurga dan Neraka, Tanah, Air, Api dan Angin, Bukit - Bukau, Gunung-Ganang, Tumbuhan, Haiwan Serta Segala Kejadian seisi alam.
- Al-Fatihah ...3x . Dihadiahkan kepada ruhani dan jasmani diri sendiri.
Doa:-
Amin.....Al-Fatihah 1x. A) Minta Allah swt ampunkan :-
- Dosa kedua ibubapa
- Dosa diri sendiri terhadap Allah swt
- Dosa diri sendiri terhadap ibubapa
- Dosa diri sendiri terhadap guru dan orang ramai
- Dosa diri sendiri terhadap makhluk Allah swt
B) Minta Allah swt menarik kembali segala jenis ilmu dan amalan yang tidak diredhai-Nya daripada diri sendiri.
C) Minta Allah swt menarik kembali segala bentuk penganiayaan samada daripada manusia, jin atau syaitan atau samada dengan termakan atau terminum, hantaran atau apa jua hikmat-hikmat sekalipun.
D) Minta Allah swt membetulkan kembali segala kerosakan yang ada dalam tubuh badan kita seperti perjalanan darah, angin, urat-saraf, pemikiran, pandangan, pendengaran dan lain-lain.
E) Minta Allah swt mengangkat kembali segala penyakit yang ada dalam badan samada yang lama atau yang baharu.
F) Minta Allah swt pulihkan kesihatan supaya kembali sihat seperti sediakala dengan segera.

Sabtu, 27 November 2010

JENIS-JENIS ILMU DAN BAHAGIAN-BAHAGIANNYA

JENIS-JENIS ILMU DAN BAHAGIAN-BAHAGIANNYA

Ketahuilah bahawa ilmu terbahagi kepada dua bahagian utama iaiitu:
 Ilmu Syari'i
  Ilmu 'Aqli
Ilmu-ilmu Syari'iah adalah bersifat 'Aqliah bagi orang yang mengetahuinya dan kebanyakan Ilmu-ilmu 'Aqliah adalah bersifat Syari'iah bagi orang yang mengenalinya. [Kenyataan di atas jika difahami ianya adalah untuk menunjukkan hubungan yang erat antara ilmu-ilmu Syari'iah dan ilmu 'Aqliah sebagaimana yang akan dinyatakan seterusnya.]
Firman Allah yang bermaksud;
"Dan sesiapa yang Allah tidak kurniakan nur kepadanya, nescaya tidak ada baginya nur."(Surah Al-Nur : 40)
 Bahagian Pertama (Ilmu Syari'ah)
Ilmu Syari'ah terbahagi kepada dua macam iaitu:
A. ILMU USUL(Umbi).
B. ILMU FURU'
A. IlMU USUL
Ilmu Usul (Umbi) ini terbahagi pula kepada tiga jenis iaitu;

1. Ilmu Tauhid.
Ilmu ini membicarakan tentang zat Allah Taala, Sifat-sifatnya yang Qadimiah(Sediakala) Sifat-sifatnya yang Fi'liah(berupa perbuatan) dan Sifat-sifatnya yang Zaatiah(berupa Zat) yang berbagai-bagai nama menurut nama-nama sebagaimana yang tersebut
Ia membicarakan tentang Nabi-nabi dan Imam-imam selepas mereka dan sahabat. Juga membicarakan tentang mati dan hidup,
membicarakan tentang Qiyamat, kebangkitan, perhimpunan di padang Masyar, kiraan amalan dan kelihatan Allah Taala.
Ahli-ahli fikir dalam ilmu ini berpegang pada:
mula-mula sekali dengan ayat-ayat Al-Quran
kemudian dengan hadis-hadis Rasulullah SAW.
kemudian dengan dalil-dalil 'Aqliah dan bukti-bukti Qiyasiah(Syllogism yang menjadi matlamat tertinggi   dalam ilmu mantik atau lojik)
Mereka mempergunakan bahan-bahan qias perdebatan dan 'Anadi' (qias Pertentangan) dan hujungan-hujungan kedua-duanya yang diambil dari Logik(Mantik) Falsafah dan mereka meletakkan perkataan bukan pada tempatnya. Mereka mempergunakan istilah-istilah
Jauhar,
A'radh
Dalil
Nazor(tilik)
Istidlal
Hujah
sedangkan berlainan makna tiap-tiap istilah ini bagi tiap-tiap golongan.
Ahli-ahli Tasauf maksudkan suatu yang lain manakala ahli-ahli Ilmu Kalam maksudkan suatu yang lain pula. begitulah seterusnya. Risalah ini tidaklah bermaksud untuk mentahkidkan makna tiap-tiap perkataan itu menurut pendapat tiap-tiap golongan.
Oleh itu kita tidak akan bincangkan di sini.
Ahli-ahli fikir dalam usul dan ilmu tauhid yang mengambil bahagian khas ( dalam mengemukakan dan mempertahankan ilmu mereka) dengan "Kalam" atau "Kata-Kata" digelarkan "Mutakallimun" (ahli-ahli ilmu kalam). Oleh sebab ini ilmu tauhid terkenal juga dengan gelaran "ILMU KALAM".
2. Ilmu Tafsir.

Al-Quran adalah sesuatu yang paling agung dan paling penting dalam agama. Di dalam Al Quran terdapat kemusykilan yang tidak dapat diselesaikan oleh akal tiap-tiap orang selain dari orang yang dikurniakan oleh Allah Taala untuk memahami kitabnya. Dalam hal ini Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:
"Tiap-tiap ayat Al Quran itu ada sahaja zahir dan batin dan batinnya itu mempunyai tujuh lapisan pula"
Dalam suatu riwayat yang lain dinyatakan sebagai mempunyai sembilan batinnya.
Rasulullah bersabda lagi dengan maksudnya:
"Tiap-tiap huruf dari huruf-huruf Al-Quran mempunyai had. Maksudmya sama dengan 'Nihayah' yang bermaksud batas) dan tiap-tiap had mempunyai Mutholi'(tempat tinggi untuk meninjau). Allah Taala telah memberitakan dalam Al-Quran mengenai seluruh ilmu, segala maujudah yang nyata dan yang tersembunyi, yang kecil dan yang besar, yang dapat dirasa dan yang dapat difahami oleh akal. Ini ditunjukkan oleh firmannya yang bermaksud:
Dan tidak(gugur) biji yang basah dan tidak kering melainkan terdapat dalam Kitab yang nyata. (Surah Al-An'am, ayat 59).
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
"Supaya mereka perhatikan ayat-ayatnya dan supaya ingat orang-orang yang mempunyai fikiran". (Surah Al-Shod, ayat 29).
Bila Al-Quran itu suatu yang paling agung, ahli-ahli tafsir manakah yang dapat keluar dari ikatannya?
Ya! tiap-tiap dari ahli tafsir hanya dapat menghuraikan Al-Quran menurut tenaga sahaja, menerangkannya sekadar kekuatan akalnya dan menurut kadar isi ilmunya. Dengan kebolehan-kebolehan yang terbatas ini sekalian ahli tafsir itu berkata-kata sedangkan sebenarnya mereka tidak patut berkata bahawa dalam ilmu Al-Quran itu terkandung Ilmu Usul dan Ilmu Furu', Ilmu Syarie' dan Ilmu 'Aqli.
Meskipun begitu ahli tafsir mestilah memandang Al-Quran dari segi bahasa, dari segi perumpaannya, dari segi susunan pengucapan, dari segi tingkat-tingkat nahu, dari segi 'adat Arab, dari segi pendapat hukamah-hukamah, dari segi perkataan ahli tasauf hingga dapat mendekatkan tafsirnya kepada tahkiq. Andainya tafsir itu cuma terbatas setakat suatu segi sahaja dan hanya memberikan keterangan menerusi suatu kepandaian sahaja, tidaklah keterangan itu memuaskan hati dan masih memberi peluang kepada hujah dan alasan dari orang lain untuk menentangnya.
3. Ilmu Akhbar(Hadis-hadis)
Bahawa Nabi SAW adalah orang Arab dan A'jam yang paling fasih, ia adalah guru yang diwahyukan kepadanya dari Allah Taala, akalnya adalah meliputi seluruh Alam Atas dan Alam Bawah, tiap-tiap perkataannya , malah tiap-tiap ucapannya terdapat disebaliknya lautan rahsia dan perbendaharaan teka-teki .Maka mengetahui Akhbarnya dan mengenali hadisnya adalah suatu soal yang besar dan suatu kerja yang hebat, sesiapa pun tidak berkuasa untuk menyelami ilmu perkataan Nabawi melainkan dengan cara ia membetulkan diri menuruti perintah-perintah Nabi SAW dan menghilangkan kebengkok-bengkokkan dari Qalbunya dengan pedoman syarak Nabi SAW.
Sesiapa yang ingin memperkatakan tafsir Quran dan Takwil Akhbar(Hadis) dan ingin supaya tepat kata-katanya, orang itu pada mula-mula sekali mesti menguasai Ilmu Bahasa, mendalami Ilmu Nahu dan mempunyai pengetahuan yang dalam bidang 'Irab(perubahan baris-baris akhir kalimah kerana faktor-faktor mendatang menurut Ilmu Nahu)dan pandai dalam berbagai-bagai Tasrik (kepandaian mengubah sesuatu kalimah yang asal menjadi bermacam-macam bentuk untuk pengertian-pengertian yang dikehendaki oleh seseorang),
Ini adalah kerana Ilmu Bahasa adalah tangga untuk mendaki kepada seluruh ilmu. Sesiapa yang ingin naik ke atas satoh rumah, lebih dulu ia perlu menyediakan tangga, kemudian baru mendaki, Ilmu Bahasa adalah jalan yang penting dan tangga yang besar ertinya. Seorang penuntut ilmu tiada dapat memisahkan dia dari hukum-hukum bahasa.
Oleh itu Ilmu Bahasa adalah asal segala asal. Yang mula-mula mesti diketahui dalam bahasa ialah mengenai bahan-bahan yang sama tarafnya dengan perkataannya sepatah demi sepatah kemudian mengetahui kata-kata perbuatan seperti kata-kata yang terdiri dari tiga huruf dan empat huruf dan lain-lainnya.
Seorang Ahli Bahasa mesti pula mengetahui syair-syair Arab, dan yang paling penting serta paling rapi ialah syair-syair jahiliah, kerana ia mengasahkan fikiran dan memperhaluskan jiwa. Selepas syair-syair, bahan-bahan (dari perkataan) dan nama-nama itu mesti menguasai ilmu nahu, kerana ia untuk ilmu bahasa serupa dengan timbangan dacing untuk emas dan perak, Manthiq untuk Ilmu Falsafah 'Arudh (Ilmu timbangan syair atau Ilmu Persajakan) untuk syair. Lengan untuk baju dan sukatan untuk biji-bijian. Tiap-tiap suatu tiada ditimbang dengan timbangan yang tiada jelas padanya hakikat pertambahan dan pengurangan.
Oleh itu Ilmu Bahasa adalah jalan menuju kepada Ilmu Tafsir dan Akhbar(Hadis). Ilmu Al-Quran dan Akhbar adalah dalil bagi ilmu tauhid, manakala tauhid adalah ilmu yang hanya dengan dia sahaja baru terselamat para hamba dan dengannya mereka terlepas dari ketakutan hari kebangkitan kembali. Inilah Ilmu Usul secara perincian.
B. Ilmu Furu' (Ilmu Cawangan).
Sesuatu ilmu itu boleh berupa 'Alami atau 'Amali. Ilmu Usul adalah ilmu yang berupa Ilmu 'Alami manakala Ilmu Furu' adalah ilmu yang berupa 'Amali.
Ilmu Amali ini mengandungi tiga hak :
1. Hak Allah Taala :
Ini adalah mengenai bahagian-bahagian ibadat seperti bersuci, sembahyang, zakat, haji, jihad zikir, perayaan-perayaan (Al-'Ayaad dengan makna pertama perayaan agama dan makna kedua pengulangan-pengulangan maksudnya Tajali-tajali yang berulang-ulang atas Qalbu dengan cara mengulangi amalan-amalan) perhimpunan (Jama'ah ), dan lain-lain amalan sunat dan fardhu.

2. Hak para hamba
Ini adalah mengenai bahagian-bahagian 'Aadat (kemasyarakatan) yang terbahagi kepada dua bidang:
Mu'amalah (Pergaulan) seperti jual beli, syarikat, pemberian(Al-Hibah), pemberian pinjam dan hutang, Qishos dan segala bahagian Diyat(denda berupa wang dari kesalahan pembunuhan atau pencederaan).
Mu'aakodah(Perjanjian) seperti nikah, tholak, pembebasan hamba, perhambaan, pembahagian pesaka dan segala hujungannya.
Dua bahagian yang tersebut di atas ini dinamakan 'FEKAH'. Ilmu Fekah adalah ilmu yang mulia, berfaedah, mengenai semua(manusia) lagi perlu. Tidak terlepas manusia daripadanya kerana keperluannya kepadanya adalah umum.
3. Hak Jiwa.
Hak jiwa ialah sesuatu yang berkaitan dengan Ilmu Akhlak. Akhlak itu kalau tercela wajib disingkirkan dan dibuang. Jika terpuji, wajib dipakai sebagai perhiasan segala jiwa. Akhlak yang tercela dan sifat-sifat yang terpuji memang terkenal dalam Kitab Allah dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Sesiapa yang berakhlak dengan salah satu daripada sifat-sifat yang terpuji itu, ia akan masuk syurga.
 Bahagian Yang Kedua (Ilmu 'Aqli)
Ilmu 'Aqli atau ilmu yang berproblem lagi musykil. Ilmu yang boleh berlaku SALAH atau BETUL. Ia terletak pada tiga tingkat iaitu:
Tingkat Pertama
Tingkat mula-mula, Ilmu Matematik dan Ilmu Logik(Manthiq). Dari Ilmu Matematik lahir Ilmu Hisab yang membicarakan tentang angka-angka, geometri (ilmu ukuran-ukuran dan bentuk-bentuk), Ilmu Astronomi(berhubung dengan falak, bintang-bintang, kawasan-kawasan bumi dan apa-apa yang berhubungan dengannya). Terbit dari Ilmu Astronomi ini sebagai cawangannya ialah Ilmu Astrologi(Ilmu Nujum dan hukum-hukum dan Horoskop).
Dari Ilmu Matematik itu lahir pula ilmu-ilmu muzik yang membicarakan tentang nisbah tali-tali alat bunyi.
Ada pun ilmu logik adalah membicarakan tentang cara menentukan had (Al-Had ) dan Resam (Al-Resam) dalam sesuatu yang dapat dicapai dengan konsep (Tasawwur). Juga ia meninjau dari cara qias ( Al-Qias ) dan bukti ( Al-Burhan ) dalam ilmu-ilmu yang dicapai dengan pengakuan (Al-Tasdiq). Ilmu Logik berpusing di sekitar kaedah ini.
Bermula dari kata-kata tunggal,
kemudian kata-kata bersusun,
kemudian khasiat-khasiat
kemudian qias
kemudian bahagian-bahagian qias
kemudian matlamat bukti(Mutholib Al-Burhan).
Inilah dia penghabisan Ilmu Logik.
Tingkat Kedua
Tingkat tengah ini ialah Ilmu Tabie. Ilmu Tabie ini ialah suatu ilmu yang membicarakan tentang:
Jisim Mutlak(Jisim semata-mata jisim yang terdiri dari benda dan rupa tanpa ikatan dengan mana-mana ruang. Di sini dibicarakan tentang pembahagian-pembahagian jisim, gerak, perubahan dan apa yang berhubung dengan gerak itu seperti zaman, ruang dan kosong) dan
Rukun-rukun Alam (membicarakan tentang langit-langit dan empat anasir yang berada daripada bahagian bawah falak bulan, tabiat-tabiat anasir itu dan lain-lain),
Jauhar-jauhar dan 'Aradh,
Gerak dan Diam, tentang Hal Ehwal Langit,
Sesuatu Yang Berupa Tindakan dan Kesan Tindakan.
Dari ilmu ini, lahir perbicaraan tentang:
Hal-ehwal Tingkat-tingkat Maujudah,
Bahagian-bahagian Jiwa
Mizraj dan
Kualiti Deria
Cara Pencapaiannya Terhadap Sesuatu Yang Dapat Dicapainya.
Kemudian membawa kepada perbicaraan tentang ilmu kedoktoran iaitu ilmu mengenai badan-badan, penyakit-penyakit, ubat-ubat, pengubatan dan apa yang berhubung dengannya. Di antara cawangan Ilmu Tobie ialah
Ilmu Kesan-kesan Atas
Ilmu Benda-benda Galian
Pengetahuan Khasiat Benda dan berakhir pada
Ilmu Perusahaan Kimia iaitu pengubatan jasad-jasad yang sakit pada bahagian-bahagian dalam benda-benda     galian.
Tingkat Ketiga.

Ini adalah tingkat tertinggi yang membicarakan tentang
MAUJUD kemudian

membahagikan kepada "WAJIB" (tiap-tiap apa yang wujudnya dari zatnya sendiri bukan dari yang lain. Wujud yang begini keadaannya ialah wujud Allah, sebab inilah diistilahkan dengan "WAJIBAL WUJUD" ertinya "Yang Wajib Ada") dan
"MUMKIN" (tiap-tiap yang wujudnya bukan dengan zatnya sendiri, malah bergantung dengan zat yang lain. Kalau tidak ada zat yang lain ini, maka ia tidak. Wujudnya yang begini keadaannya adalah wujudnya makhluk. Sebab itulah makhluk diistilahkan dengan "MUMKINAL WUJUD" ertinya "Yang Mungkin Ada"). kemudian
membicarakan tentang Penciptanya dan ZatNya
segala sifat-sifatNya,
perbuatan-perbuatanNya,
perintah-perintahNya,
hukum dan qadaNya serta
susunan kelahiran maujudah daripadaNya, kemudian
membicarakan tentang sesuatu yang tinggi(Al-'Uluyah)
Jauhar-jauhar Mufrad,
Akal-akal Abstrak,
Jiwa Yang Sempurna kemudian
membicarakan tentang malaikat-malaikat dan syaitan-syaitan
dan berakhir dengan Ilmu Nubuwah,
soal-soal mukjizat
hal-ehwal keramat, dan kemudiannya
membicarakan hal-ehwal Jiwa-jiwa Suci,
hal-hal tidur dan sedar dan maqam-maqam mimpi.
Di antara cawangan-cawangannya ialah
Ilmu Tillasmaat (Ilmu membuat tangkal atau azimat)
Ziijaat (ilmu yang membicarakan tentang kedudukan falaniah-falaniah)
apa yang berhubungan dengannya.
Ilmu-ilmu ini mempunyai perincian-perincian, lapangan-lapangannya dan tingkat-tingkatnya yang memerlukan ruangan yang lanjut. Tetapi sudah cukuplah dengan ringkasan ini.
Ringkasan Fasal Di Atas
Ilmu yang menjadi kecintaan jiwa manusia itu terbahagi kepada dua bahagian yang penting iaitu:
1. Ilmu Syari'i
2. Ilmu 'Aqli
Ilmu Syari'i terbahagi kepada dua iaitu:
i. Ilmu Usul (Ilmu Umbi) atau Ilmu 'Alami
ii.Ilmu Furu'(Ilmu Cawangan) atau Ilmu Amali
Ilmu Usul terbahagi kepada kepada tiga iaitu

Ilmu Tauhid
Ilmu Tafsir
Ilmu Hadis
Ilmu Furu' pula terbahagi kepada dua iaitu :
Ilmu Feqah
Ilmu Akhlak (Hak Jiwa)
Ilmu Fekah pula terbahagi kepada dua iaitu;
Haq Allah (Ibadat)
Hak para hamba yang terbahagi kepada dua iaitu
 Mu'amalah
Mu'aqadah
Manakala Ilmu Aqli pula terbahagi kepada tiga tingkat iaitu:
Tingkat Pemulaan
Tingkat Pertengahan dan
Tingkat Tinggi.
Tingkat Permulaan terbahagi kepada dua iaitu:

Ilmu Matematik dan
Ilmu Logik
Ilmu Matematik terbahagi kepada;
Ilmu Hisab
Geometri
Astronomi
Astrologi
Horoskop dan
Muzik

Tingkat Pertengahan ialah Ilmu Tabie yang terbahagi kepada:
Ilmu Kedoktoran
Kaji Jiwa
Benda-benda galian 
Perusahaan Kimia
Tingkat Tinggi ialah
Ilmu Ketuhanan
Ilmu Tillasmaat 
Ilmu Ziijat
Persoalannya kini dimanakan kedudukan Ilmu Tasauf di antara kesemua ilmu di atas????. Ikutilah perbincangan seterusnya yang akan menghuraikan asal Ilmu Tasauf, tempat duduknya di antara kesemua ilmu yang ada. Jika anda mengikuti tajuk ini dan tajuk seterusnya dengan serius akan akan mendapat jawapan ini sekaligus jawapan kepada teka-teki Imam Ghazali dengan kenyataannya pada awal tajuk ini iaitu:
Ilmu-ilmu Syari'iah adalah bersifat 'Aqliah bagi orang yang mengetahuinya dan kebanyakan Ilmu-ilmu 'Aqliah adalah bersifat Syari'iah bagi orang yang mengenalinya.