Adat bagi orang Alim
1. Menanggung suatu yang didatangkan oleh muridnya daripada pertanyaan dan pekerjaan yang menyusahkan baginya.
2. Jangan lekas marah.
3. Duduk dengan kelakuan yang hebat serta menundukkan kepala.
4. Meninggalkan takbur.
5. Merendahkan diri.
6. Jangan bermain-main dan bersenda-senda.
7. Kasih sayang dengan segala muridnya.
8. Perlahan-lahan atas pertanyaan orang yang bebal.
9. Mengajarkan segala orang yang jahil dan jangan mengertak orang yang
baru belajar.
10. Jangan malu mengata tiada aku tahu jika tiada mengetahui tentang sesuatu
masalah atau syak.
11. Hendaklah sungguh-sungguh berhadap kepada orang yang bertanya.
12. Menerima dalil daripada muridnya yang berkenaan dirinya,jangan
menolak akan ia kerana malu, sebab mengikut yang benar itu wajib.
13. Jangan malu daripada kembali pada masalah yang sudah tersalah.
14. Menegahkan orang daripada belajar ilmu yang tiada memberi manafaat.
15. Menegahkan orang daripada belajar yang berniat lain daripada Allah taala.
16. Menegahkan orang yang mengajarkan fardu kifayah dahulu daripada
selesai fardu ain.
17. Beramal dia seperti ilmunya, supaya diikut oleh muridnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan